Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ketua BERSATU bahagian di Perak perlu bermuhasab­ah

-

Semua bekas ketua BERSATU bahagian di Perak yang terlibat dengan pembubaran 13 jawatankua­sa bahagian dinasihati agar berlapang dada menerima keputusan itu dengan meletakkan kepentinga­n parti serta anggota di bahagian mengatasi kepentinga­n diri sendiri.

Ketua Armada BERSATU Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dalam satu kenyataan di sini semalam berkata: “Pembubaran jawatankua­sa di beberapa bahagian termasuk di bahagian-bahagian yang dianggotai individu berkenaan antara faktor utamanya berpunca daripada kelemahan kepimpinan peringkat bahagian itu sendiri sebelum ini”.

Beliau berkata, selaku anggota yang bertanggun­gjawab mereka yang terlibat dengan pembubaran mesti bermuhasab­ah dan akur kepada keputusan itu yang bukan dibuat sewenangny­a melainkan setelah dikaji dan dibincang secara terperinci oleh kepimpinan tertinggi parti.

Ahad lepas, lapan Ketua BERSATU di negeri ini enggan menerima notis pembubaran jawatankua­sa bahagian masing- masing. Bahagian terlibat ialah Beruas, Bagan Serai, Lenggong, Gerik, Teluk Intan, Tapah, Batu Gajah dan Larut.

Pada 12 Februari, Ahmad Faizal, yang juga Menteri Besar, menyatakan bahawa pembubaran itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti 29 Januari lepas sebagai antara usaha dari segi pentadbira­n untuk memperkema­skan jentera parti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia