Utusan Borneo (Sarawak)

Sarri tidak risau jika dipecat, fokus pulihkan musim sukar

Pogba bantu United mara ke peringkat suku akhir Piala FA selepas singkirkan Chelsea 2-0 di Stamford Bridge Isnin lepas

-

LONDON, England: Paul Pogba membantu Manchester United melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA Inggeris dan memastikan pengurus Chelsea, Maurizio Sarri semakin hampir dipecat ketika juara bertahan kejohanan tewas 0-2 di Stamford Bridge Isnin lepas.

Pogba mengumpan gol pembukaan United yang dijaringka­n Ander Herrera sebelum beliau melakukan tandukan terbang dari umpanan Marcus Rashford untuk melengkapk­an jaringan sebelum rehat.

Kekalahan Chelsea – yang pertama mereka dalam Piala FA sejak final 2017 – adalah satu lagi kekecewaan buat Sarri, yang bergelut untuk mempertaha­nkan jawatannya sebagai pengurus pada musim sulung di England.

Chelsea mengalami kekalahan terburuk mereka sejak 28 tahun apabila dimalukan 0-6 oleh Manchester City dalam aksi Liga Perdana awal bulan ini, beberapa minggu selepas dimalukan 0-4 di Bournemout­h, juga dalam aksi Liga Perdana.

Dalam pada itu, Sarri menegaskan beliau tidak bimbang tentang dipecat at sebagai pengurus Chelsea walaupun pasukannya kehilangan kejuaraan Piala FA Inggeris.

Herrera membuka jaringan buat United pada minit ke-31 sebelum Pogba menambah jaringan pada minit akhir sebelum rehat.

Sarri berdepan ejekan “kamu tidak tahu apa a yang kamu lakukan” dan “kamu akan dipecat pagi esok” ketika penyokong Chelsea yang berang meluahkan

Ia bukan masalah saya. Saya hanya bimbang tentang kedudukan saya apabila sekarang.” saya dalam Liga 2 di Itali, bukan

Maurizio Sarri Pengurus Chelsea

k e k e c e w a a n mereka kepada kekalahan kelima kelab dari 10 perlawanan terakhir.

Pemain bintang Chelsea, yang secara terbuka mengkritik Sarri beberapa kali musim ini, kelihatan tidak ‘menafikan’ kesukaran Sarri apabila g gagal mencipta sebarang peluang selepas 11 minit permainan.

Perhubunga­n hambar Sarri dengan pemainnya, selain suasana tegang di kalangan penyokong, menambah lagi spekulasi di mana bekas jurulatih Napoli itu mungkin tidak akan bertahan sehingga akhir musim pertamanya di kelab.

Pemilik kelab, Roman Abramovich, sebelum ini bertindak pantas apabila pengurus tidak mendapat sokongan daripada pemain.

Tetapi Sarri yakin beliau tidak risau tentang kedudukann­ya dan beliau mendakwa beliau memberikan sepenuh tumpuan untuk menyelamat­kan musim sukar kelab.

Ditanya jika beliau risau Abramovich akan memecatnya, Sarri berkata: “Ia bukan masalah saya.

“Saya hanya bimbang tentang kedudukan saya apabila saya dalam Liga 2 di Itali, bukan sekarang.

“Saya risau tentang keputusan, bukan penyokong. Sudah tentu saya boleh memahami situasinya.

“Saya boleh memahami penyokong kami, kerana keputusan tidak bagus. Kami tersingkir dari Piala FA.”

Ekoran laporan di mana pemain Sarri tidak gembira dengan kedegilan beliau untuk mengubah taktik, Sarri ada membuat pengakuan di mana beliau tidak pasti jika beliau masih mendapat sokongan pemain.

“Sudah tentu saya tidak pasti, tetapi saya fikir begitu. Saya fikir situasi dengan pemain adalah sangat bagus dari segi perhubunga­n tetapi ia tidak begitu penting,” kata beliau.

“Apa yang penting ialah untuk bermain dan mendapatka­n keputusan yang bagus.”

Penyokong kelab mahal memanggil bekas bintang kelab, Frank Lampard, yang merupakan pengurus semasa Derby County, untuk dilantik menggantik­an Sarri.

Sarri percaya situasi beliau akan dipulihkan dengan segera jika Chelsea boleh menca- pai beberapa kemenangan, bermula dengan perlawanan kedua pusingan 32 akhir Liga Europa menentang Malmo Khamis ini dan final Piala Liga Inggeris menentang Manchester City pada hari Ahad.

“Ia benar-benar sangat mudah. Jika kami dapat menang tiga atau empat perlawanan berturut-turut, ia akan menjadi mudah. Sudah tentu ia sukar untuk memenangi lima perlawanan berturut-turut.”

United layan ke peringkat suku akhir untuk musim kelima bertu- rut-turut ketika mereka cuba menyamai rekod memenang kejohanan ini buat kali ke-13 dan kali pertama sejak 2016. Menamatkan sembilan perlawanan tanpa menang d Chelsea adalah satu lagi pencapaian cemerlang pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer ketika pasukannya bangkit dari kekalahan pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara kepada Paris Saint Germain. Solskjaer tidak tewas pada 11 perlawanan pertama beliau selepas pemecatan Jose Mourinho dan beliau telah menunjukka­n kehebatan taktik untuk menewaskan Sarri dengan m e n g u b a h formasi pemainnya di bahagian tengah — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Pogba (tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua United pada perlawanan pusingan kelima Piala Fa Inggeris di Stamford Bridge, London pada Isnin lepas. SARRI
— Gambar AFP Pogba (tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua United pada perlawanan pusingan kelima Piala Fa Inggeris di Stamford Bridge, London pada Isnin lepas. SARRI
 ??  ??
 ??  ?? KE SUKU AKHIR: perl
KE SUKU AKHIR: perl

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia