Utusan Borneo (Sarawak)

United, City lega tidak bertembung di peringkat suku akhir Piala FA

-

Dua kelab dari kota Manchester berjaya mengelak bertemu awal di suku akhir selepas undian perlawanan suku akhir Isnin lepas mempertemu­kan mereka dengan lawan yang kurang kuat.

Manchester United diundi menentang Wolves di gelanggang lawan sementara Manchester City akan bertandang ke Swansea City.

United menyingkir­kan juara bertahan, Chelsea 2-0 di Stamford Bridge Isnin lepas dan diundi menentang sebuah lagi kelab dalam Liga Perdana, Wolves.

Memburu sasaran menyamai rekod kejohanan sebanyak 13 kejuaraan dan juga kali pertama sejak 2016, United akan ke Molineux dengan keyakinan tinggi.

“Satu perlawanan di gelanggang lawan sekali lagi selepas menentang Arsenal dan Chelsea tetapi ia tidak mengapa. Kami harus melakukann­ya dengan cara yang sukar. Wolves adalah lawan yang sukar,” kata pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester City akan ke selatan Wales untuk menentang kelab Liga Kejuaraan, Swansea, yang menewaskan Newport pada perlawanan pusingan kelima.

Undian lain menyaksika­n, Brighton berkunjung ke finalis 2004, Millwall, yang mengejutka­n Everton di pusingan keempat.

Satu lagi pertemuan dua kelab Liga Perdana akan menyaksika­n Watford menentang Crystal Palace di Vicarage Road. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia