Utusan Borneo (Sarawak)

Icardi tidak akan ke Juve, kata Zhang

-

Presiden kelab Inter Milan yang berasal dari China, Steven Zhang, menolak kemungkina­n penjualan penyerang kelab, Mauro Icardi ke kelab juara Serie A Itali, Juventus, Isnin lepas.

Ia berikutan dengan komen dari pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici di mana Juventus akan mengawasi situasi Icardi pada musim panas akan datang selepas beliau digugurkan jawatan sebagai kapten pasukan pada minggu lepas.

“Adakah Icardi akan menyertai Juventus? Tidak, tidak sama sekali,” kata Zhang selepas mesyuarat pemegang saham di San Siro Isnin lepas.

“Ia banyak diperkatak­an pada minggu lepas dan banyak kekeliruan telah tercipta.

“Saya mahu menamatkan segala spekulasi kerana kelab sudah membuat satu keputusan dan perdebatan berterusan tidak akan membantu kami mencapai sasaran kami.

“Icardi adalah seorang pemain hebat, beliau seorang yang profesiona­l dan anggota yang sangat penting dalam keluarga (kelab) kami.

“Kami sedang berunding untuk memperbaha­rui kontraknya dan beliau adalah pemain yang penting untuk kelab ini.”

Icardi, yang akan mencecah usia 26 tahun minggu ini, menjadi penonton perlawanan bersama isteri yang juga ejennya, Wanda Nara ketika Inter menewaskan Sampdoria 2-1 dalam aksi Serie A Ahad lepas.

Icardi, di mana kontrak semasa beliau berakhir pada 2021, tiba dari Sampdoria pad 2013 dan sudah menjaringk­an 122 gol dalam 210 perlawanan selain memenangi anugerah penyerang terbanyak liga sebanyak dua kali.

Nara, yang sering muncul di kaca televisyen di Itali, dengan rasa sebak mendedahka­n Ahad lepas di mana Icardi hanya menyedari kehilangan jawatannya sebagai kapten menerusi laman sosial Twitter.

“Ia seperti membuang sebelah kaki anda. Ia tidak pernah niat kami untuk meninggalk­an kelab,” kata Nara.

Ia bagaimanap­un kerana komen beliau pada satu majlis minggu lepas yang membangkit­kan kemarahan pengarah kelab dan juga rakan sepasukann­ya.

“Jika saya harus memilih di antara kelab baharu dan kehadiran seseorang yang boleh memberikan Icardi lima hantaran yang lebih bagus, saya lebih suka orang baharu,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pengarah kelab baharu telah diluluskan Isnin lepas ekoran pembelian 31.05 peratus saham oleh konsortium dari China dari ahli perniagaan yang juga bekas pemilik Inter dari Indonesia, Erick Thohir.

Daniel Tseung dan Tom Pitts dari LionRock Capital telah dilantik ke dalam lembaga pengarah.

Inter Milan diambil alih oleh Kumpulan Perniagaan Suning, peruncit elektronik China pada 2016, yang membeli 68.55 peratus saham dari Thobir untuk 270 juta euro.

Zhang berkata pendapatan kelab meningkat pada dua tahun terakhir dan Inter sekarang berada di tangga ke-14 Liga Wang Bola Sepak Delotte dengan pendapatan 281 juta euro, naik dari kedudukan ke-15 tahun lepas dan 19 dua tahun lepas.

Inter Milan menamatkan enam musim tanpa bola sepak Liga Juara-Juara dengan menamatkan saingan Serie A d tangga keempat musim lepas.

Tetapi mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara di pusingan pertama dan kini bermain dalam Liga Europa. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIKAWAL KETAT: Goetze (kiri) bergelut melepasi kawalan dari pemain Nuremburg, Lukas Muehl ketika beraksi pada perlawanan Bundesliga Jerman di Nuremberg, Jerman pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters DIKAWAL KETAT: Goetze (kiri) bergelut melepasi kawalan dari pemain Nuremburg, Lukas Muehl ketika beraksi pada perlawanan Bundesliga Jerman di Nuremberg, Jerman pada Isnin lepas.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? JADI PENONTON: Icardi (kiri) ditemani Nara ketika menyaksika­n perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Sampdoria d Stadium San Siro, Milan pada 17 Februari lepas.
— Gambar AFP JADI PENONTON: Icardi (kiri) ditemani Nara ketika menyaksika­n perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Sampdoria d Stadium San Siro, Milan pada 17 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia