Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund tercicir dua lagi mata selepas diikat 0-0 di Nuremberg

-

BERLIN, Jerman: Pendahulu Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, tercicir dua lagi mata dalam saingan kejuaraan liga Isnin lepas apabila diikat tanpa jaringan oleh kelab tercorot, Nuremberg.

Dortmund ketika ini hanya tiga mata di hadapan pencabar terdekat, Bayern Munich, yang menang 3-2 di Augsburg minggu lepas, setelah kelebihan sembilan mata berjaya dirapatkan dalam tiga perlawanan liga terakhir.

“Ia sememangny­a tidak memadai, kami harus mengutip lebih banyak lagi mata selepas ini,” kata penyerang Dortmund, Mario Goetze.

“Mereka tidak memudahkan kami dengan bermain secara bertahan tetapi kami harus meningkatk­an lagi permainan kami.”

Walaupun tanpa perancang utama, Marco Reus dan dua pemain pertahanan, Lukasz Piszczek dan Manuel Akanji, ia adalah satu lagi aksi hambar dari Dortmund.

Nuremberg dibelasah 07 oleh Dortmund pada awal musim tetapi mereka menunjukka­n peningkata­n drastik untuk mengikat Dortmund dan meraikan keputusan itu seperti memenangi perlawanan pada akhir permainan.

Ia adalah perlawanan pertama Nuremberg di bawah jurulatih sementara, Marek Bintal dan Boris Schommers selepas ketua jurulatih, Michael Knoeller dan pengarah sukan, Andreas Borneman dipecat minggu lepas.

Nuremberg mendapat pujian kerana mampu memberikan saingan dengan kapten pasukan, Hanno Behrens mempunyai dua peluang untuk mencipta kejutan tetapi tandukanny­a melambung tinggi dalam separuh masa pertama.

Penjaga gol Nuremberg, Christian Mathenia juga beraksi cemerlang dengan menepis empat cubaan dari Goetze dalam separuh masa pertama.

Selepas dibelasah 0- 3 oleh Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara- Juara minggu lepas, Dortmund gagal menjaringk­an sebarang gol dan sekarang tanpa kemenangan dari lima perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia