Utusan Borneo (Sarawak)

Kelibat ratu skuasy negara akan dirindui

Nicol atlet istimewa, pencapaian­nya satu fenomena mengangkat nama Malaysia di persada dunia

-

KUALA LUMPUR: Kelibat ratu skuasy negara, Datuk Nicol David di pentas antarabang­sa mungkin dirindui selepas juara dunia lapan kali itu bakal bersara Jun ini namun legasinya tetap akan hidup dan diteruskan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pelbagai kejayaan diraih Nicol antaranya merangkul tiga pingat emas Sukan Dunia, lima emas Sukan Asia selain dua emas Sukan Komanwel sepanjang 20 tahun penampilan­nya menjadikan beliau seorang atlet istimewa.

Jelasnya, persaraan atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 35 tahun adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada sukan skuasy negara malah turut dirasai di peringkat

Ia adalah satu kehilangan amat besar kerana beliau merupakan seorang atlet luar biasa. Kejayaan dicatat dan pencapaian beliau selama ini saya anggap ” sebagai satu fenomena.

Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria

Presiden Majlis Olimpik Malaysia

antarabang­sa.

“Ia adalah satu kehilangan amat besar kerana beliau merupakan seorang atlet luar biasa. Kejayaan dicatat dan pencapaian beliau selama ini saya anggap sebagai satu fenomena,” katanya kepada Bernama.

S e l a i n m e m - punyai pencapaian luar biasa dalam gelanggang yang menggambar­kan kegigihann­ya mengangkat nama Malaysia di persada dunia, Mohamad Norza turut memuji sifat keperibadi­an dimiliki Nicol selain kecemerlan­gannya dalam bidang akademik. “Beliau adalah seorang atlet yang lengkap kerana bukan sahaja beraksi cemerlang mengharumk­an nama negara, tetapi juga tampil dengan peribadi yang sangat baik. Pencapaian­nya dalam bidang akademik dan karier wajar dicontohi dan atas sebab itu juga beliau layak diangkat sebagai seorang idola,” tambah beliau.

Setelah lebih dua dekad beraksi di gelanggang kaca, Nicol yang pernah mengunggul­i takhta ranking dunia selama sembilan tahun berturut-turut, hari ini mengambil keputusan untuk menggantun­g raketnya selepas musim jelajah Persatuan Skuasy P r o f e - s i o n a l ( P S A ) 2018/ 2019 berakhir pada Jun ini.

Berkongsi pandangan sama adalah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi mengakui berasa sedih akan keputusan itu namun menghormat­i dan memandang ke depan akan kerjasama bakal terjalin antara MSN dan Nicol.

“MSN amat berbangga dan berterima kasih kepada Nicol atas pencapaian­nya. Secara jujur, di MSN kami berasa sedih tetapi dalam masa sama teruja untuk bekerjasam­a dengan beliau dalam pembanguna­n sukan khususnya sukan skuasy di negara kita.

“Nama Nicol ini besar... kita tidak seharusnya mensia-siakan begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, pengumuman tersebut turut mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman mengakui membesar dengan menjadikan Nicol sebagai idolanya.

“Saya membesar dengan menjadikan anda sebagai idola saya, Saya sangat yakin ia tidak berubah dalam masa terdekat. Menanti rancangan persaraan anda’’. Teruskan memberi inspirasi!,” menurut catatan dalam laman Twitter beliau.

Nicol pernah dinobatkan sebagai Olahragawa­ti Kebangsaan sebanyak sembilan kali beraksi pada kejohanan Dunia ke-9 dan terakhir buat beliau di Chicago, Amerika Syarikat dari 23 Feb hingga 2 Mac ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUKAR DICARI GANTI: Nicol meraikan kejayaanny­a merangkul pingat emas dalam acara skuasy wanita individu pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China dalam gambar fail bertarikh 21 November 2010.
— Gambar Bernama SUKAR DICARI GANTI: Nicol meraikan kejayaanny­a merangkul pingat emas dalam acara skuasy wanita individu pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China dalam gambar fail bertarikh 21 November 2010.
 ??  ?? NORZA
NORZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia