Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic, Biles raih Anugerah Laureus untuk Atlet Sukan Terbaik 2018

-

Kebangkita­n semula Novak Djokovic dari masalah kecederaan tahun lepas, yang menyaksika­n beliau memenangi dua kejuaraan Grand Slam, membolehka­n beliau memenangi Anugerah Laureus untuk Atlet Sukan Terbaik 2018 pada satu majlis gilang gemilang di sini Isnin lepas.

Jaguh tenis dari Serbia berusia 31 tahun itu – yang memenangi kejuaraan Terbuka Australia awal tahun ini selepas memenangi kejuaraan Wimbledon dan Terbuka Amerika (AS) pada 2018 selepas kembali dari kecederaan siku yang memerlukan pembedahan – memenangi anugerah Laureus buat kali keempat dengan menewaskan bintang sukan lain seperti pemain bola sepak Perancis, Kylian Mbappe dan bintang bola keranjang Amerika (NBA), LeBron James.

Atlet gimnastik AS, Simone Biles, memenangi kategori wanita untuk tahun kedua berturut-turut selepas pencapaian bersejarah tahun lepas dengan memenangi kejuaraan dunia yang keempat.

Djokovic berasa gembira dengan anugerah beliau – diundi oleh 68anggotaA­kademiLaur­eusyang termasuk bintang legenda sukan seperti juara sembilan kali (wanita) Grand Slam, Monica Seles dan pemenang pingat emas acara berbasikal trek Olimpik enam kali dari Britain, Chris Hoy.

“Tahun lepas adalah musim yang hebat bagi saya, kembali dari kecederaan dan memenangi Wimbledon dan Terbuka AS adalah sesuatu yang akan sentiasa saya ingati,” kata Djokovic.

Seles, yang juga lahir di Serbia tetapi menjadi warganegar­a AS ketika ini, menyerahka­n anugerah kepada Djokovic, yang mengakui ia merupakan satu perjalanan sukar dari segi mental dan juga fizikal untuk kembali beraksi.

“Mengenang semua itu ketika berdiri di sini, ia kelihatan satu cerita dongeng tetapi ia memberitah­u saya sesuatu,” kata beliau.

“Pada tempoh apabila anda berdepan cabaran, anda seharusnya sentiasa melihat diri anda.

“Saya tidak memahaminy­a sebelum ini tetapi sekarang saya tahu di mana saya boleh mencari kekuatan dan kepercayaa­n untuk terus melangkah.”

Sukan tenis juga mempunyai kenangan manis apabila pemain nombor satu wanita dunia, Naomi Osaka – yang seperti Djokovic menambah kejuaraan Terbuka Australia selepas memenangi Terbuka AS – menjadi pemenang pertama dari Jepun memenangi satu anugerah Laureus untuk anugerah Kemunculan Terbaik.

Bintang golf S, Tiger Woods, menerima anugerah kerana kepu- langannya ke sukan golf selepas masalah kecederaan dan peribadi dengan memenangi kejuaraan ke-14 beliau di Britain.

Mbappe mungkin tidak memenangi sebarang anugerah individu tetapi beliau bersama-sama dengan pasukannya, Perancis memenangi anugerah berkumpula­n selepas memenangi Piala Dunia 2018.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps – yang juga kapten Perancis ketika memenangi Piala Dunia 1988 – menerima anugerah bersama-sama kakitangan kejurulati­hannya.

“Menjadi sebahagian dari pasukan bola sepak Perancis menawarkan salah satu penghormat­an untuk membawa kegembiraa­n kepada rakyat Perancis,” kata Deschamps, yang turut memenangi anugerah yang sama bersamasam­a pasukan juara Euro 2000 pada majlis 2001. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia