Utusan Borneo (Sarawak)

Saya akan memecah semua rekod dalam MLS musim ini: Ibrahimovi­c

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Penyerang kelab Los Angeles ( LA) Galaxy, Zlatan Ibrahimovi­c, memburu sasaran luar biasa untuk musim baharu Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika dengan berikrar untuk menulis semula buku rekod liga tahun ini.

Penyerang veteran berusia 37 tahun dari Sweden itu memperkena­lkan jersi baharu Galaxy dengan penampilan bergaya dan kemudian memberitah­u penyokong yang hadir tentang cita-cita tinggi beliau pada musim baharu.

“Musim ini, saya akan membawa sesuatu kepada anda. Saya akan memecah semua rekod dalam MLS musim ini,” kata Ibrahimovi­c.

Zlatan menjaringk­an 22 gol dan mengumpan 10 gol dalam 27 perlawanan MLS musim lepas, memulakan musim baharu dengan jangkaan lebih tinggi.

Galaxy, yang akan memulakan kempen musim ini dengan menanti kunjungan kelab Chicago pada 2 Mac, kemudian menamatkan musim dengan rekod 13-12 dengan sembilan seri musim lepas dan terlepas perlawanan playoff MLS dengan kurang satu mata.

Antara rekod MLS yang akan cuba dipecah oleh Zlatan ialah menjaringk­an gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut, umpanan gol dalam lapan perlawanan berturut-turut dan empat gol dalam salah satu babak perlawanan.

Josef Martinez dari Atlanta mencipta rekod gol satu musim MLS dengan menjaringk­an 31 gol dalam 34 perlawanan tahun lepas.

Carlos Valerrama dari Tampa Bay mencipta rekod untuk 26 umpanan gol dalam 32 perlawanan pada 2000.

Rekod lain termasuk 181 cubaan dalam satu musim dan 76 cubaan ke pintu gol dalam satu musim. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia