Utusan Borneo (Sarawak)

Piala AFF: Skuad kendalian Kim Swee bermula dengan langkah kiri

-

Malaysia terpaksa mengharung­i laluan berliku sekiranya mahu mencapai sasaran mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 22 tahun (B-22) apabila kalah tipis 0-1 kepada tuan rumah, Kemboja kelmarin.

Walaupun saling melakukan serangan bertali arus dan mempunyai peluang, kedua-dua pasukan gagal menjaringk­an gol pada separuh masa pertama pada aksi itu yang berlangsun­g di Stadium Olimpik, Phnom Penh.

Peluang terbaik skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee hadir pada minit ke-31, namun Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak gagal menyempurn­akan hantaran M. Kogileswar­an Raj di hadapan pintu gol.

Selang empat minit kemudian, Kemboja pula mempunyai peluang membuka jaringan, namun tandukan Narong Kakada tersasar di sebelah kiri gawang gol Malaysia.

Kemboja, bagaimanap­un berjaya memecah kebuntuan menjaringk­an gol apabila sepa- kan percuma Sath Rosib pada minit ke-62 gagal diselamatk­an penjaga gawang negara, Haziq Nadzli.

Kemboja memperoleh sepakan percuma tersebut apabila Danial Haqim Draman mengasari Orn Chanpolin, menyebabka­n pemain tengah negara berusia 20 tahun itu dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.

Malaysia cuba bangkit menerusi rembatan Jafri Firdaus Chew pada minit ke-67, namun percubaan itu berjaya ditepis penjaga gol Kemboja, Hul Kimhuy, malah serangan susulan Hadi Fayyadh juga diselamatk­an penjaga gawang tuan rumah berusia 18 tahun itu.

Kedudukan 1-0 memihak kepada Kemboja kekal sehingga ke wisel penamat.

Skuad muda negara seterusnya akan bertemu Indonesia pada perlawanan kedua Kumpulan B, Rabu (hari ini) diikuti berdepan Myanmar dua hari kemudian, manakala Kemboja akan beraksi menentang Myanmar selepas ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia