Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 31 peserta sertai Klinik Olahraga Acara Pecut

-

LAWAS: Seramai 31 peserta terdiri sembilan atlet guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan menimba ilmu dan pengalaman pada Klinik Olahraga Acara Pecut diad- akan di sini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Trusan, Joselly Pengiran berkata program itu dikendalik­an oleh bekas raja pecut negara, Watson Nyambek.

“Program ini bagi membantu perkembang­an sukan olahraga pada peringkat akar umbi sekiranya berjalan dengan terancang.

“Ini satu pendedahan kepada peserta memantapka­n kemahiran dalam sukan olahraga sekiranya pengetahua­n tinggi berkaitan aspek taktikal dapat disuntik kepada mereka,” katanya.

Jelasnya, program itu juga sejajar dengan hasrat sekolah itu melahirkan lebih ramai atlet olahraga untuk diketengah­kan di peringkat sekolah dan lebih tinggi.

Turut hadir Penyelia Sukan Unit Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Lawas, Abdul Rahman Sepawi.

 ??  ?? TINGKAT KEMAHIRAN: Joselly (empat kiri), Watson dan yang lainnya bersama atlet SMK Trusan menyertai Klinik Olahraga.
TINGKAT KEMAHIRAN: Joselly (empat kiri), Watson dan yang lainnya bersama atlet SMK Trusan menyertai Klinik Olahraga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia