Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FA 2019: Kuching FA bakal berdepan FC Pemanis

-

Selepas menyingkir­kan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), skuad Kuching FA kini berdepan satu lagi tugas getir dalam kempen Piala FA 2019.

Anak- anak didik Ideris Untong itu diundi menentang wakil dari Terengganu, FC Pemanis dalam pusingan kedua saingan berprestij itu.

Perlawanan akan berlangsun­g pada 2 Mac depan bertempat di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu.

“Kita akan menempuh satu lagi ujian sukar selepas diundi menentang FC Pemanis pada 2 Mac depan. Walaupun pasu- kan itu beraksi dalam Liga M4, ia tidak bermakna kita boleh memandang rendah kemampuan mereka.

“Justeru, saya mengharapk­an semua pemain dapat meningkatk­an momentum dan permainan sebelum menghadapi perlawanan tersebut,” kata Penolong Pengurus Pasukan, Iswandi Ali Hassan ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, jurulatih Ideris Untong dijangka melakukan sedikit rombakan di posisi tengah untuk memantapka­n persiapan pasukan Kuching FC menghadapi perlawanan pusingan kedua nanti.

Menurut Ideris, beliau perlu mencari pemain yang lebih sesuai untuk digandingk­an bersama Yuta Suzuki di posis tersebut.

“Yuta bermain dengan baik namun peranannya kurang menyerlah pada perlawanan lalu, mungkin kerana beliau terbiasa dengan sistem latihan berbeza sebelum ini.

“Tambahan beliau masih baharu bersama dengan pasukan kita, justeru saya membuat sedikit rombakan untuk mencuba ‘partner’ lebih sesua dengan Yuta bagi memantapka­n posisi tengah,” katanya.

 ??  ?? NICOL
NICOL
 ??  ?? TUGAS GETIR: Kuching FA diundi menentang FC Pemanis dalam pusingan kedua Piala FA 2019.
TUGAS GETIR: Kuching FA diundi menentang FC Pemanis dalam pusingan kedua Piala FA 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia