Utusan Borneo (Sarawak)

Blue ‘Live In KL’ pada 3 Mac

-

KUMPULAN ‘boyband’ British yang sangat popular pada tahun 90an, Blue, akan membuat persembaha­n dalam konsert secara langsung mereka untuk satu malam sahaja di Pusat Konvensyen & Pameran Dewan Wawasan di Menara PGRM, Cheras, pada 3 Mac.

Promoter dan penganjur konsert itu KC & Friends dan penganjur bersama TerryandTh­eCuz, memberitah­u satu sidang akhbar baru-baru ini bahawa semua anggota asal kumpulan Blue, Lee Ryan, Antony Costa, Duncan James & Simon Webbe, akan membuat persembaha­n bersamasam­a di konsert tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif KC & Friends, Kesavan Purusotman, berkata, “Kami bersyukur di atas peluang untuk membantu menghidupk­an semula salah satu era muzik terbaik dalam sejarah

– era ‘boy band’ – dengan konsert secara langsung tanpa henti-henti selama 60-75 minit yang memukau oleh satu-satunya Blue”.

Tiket dapat dibeli di www.myticket.asia dengan hanya tiket VIP bernilai RM398, Cat 1 bernilai RM258 dan Cat 2 bernilai RM208 sahaja yang masih ada, kerana tiket-tiket VVIP, Cat 3 dan Cat 4 sudah habis dijual.

Kumpulan itu akan menyampaik­an kepada peminat beberapa balada klasik mereka yang terkenal seperti ‘All Rise’, ‘One Love’, ‘Breathe Easy’, ‘You Make Me Wanna’ dan banyak lagi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia