Utusan Borneo (Sarawak)

Al Pacino bintangi siri pemburu Nazi baharu Amazon Prime

-

PELAKON Al Pacino baru-baru ini dilaporkan akan membintang­i satu siri baharu bertajuk ‘The Hunt’ tentang pemburu Nazi pada zaman 1970an, kata Amazon Prime.

Ia merupakan kali kedua pelakon berusia 78 tahun itu, yang tidak lama lagi akan muncul dalam filem baharu arahan Martin Scorsese ‘The Irishman’ bersama Robert De Niro, menandatan­gani kontrak untuk skrin kecil.

Dia akan membawa watak Meyer Offerman, “seorang lelaki berpengaru­h dan penuh misteri yang mengetuai sebuah kumpulan pertahanan diri” di New York dan mendapat ratusan anggota Nazi sedang merancang ‘Fourth Reich’ yang baharu di Amerika Syarikat.

Gergasi striming berkenaan berkata cerita itu, yang diterbitka­n oleh Jordan Peele yang menjadi masyhur kerana ‘Get Out’, dibuat berdasarka­n kisah benar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia