Utusan Borneo (Sarawak)

RTM siar pada 23 Februari ini di TV2

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan kepada penonton ‘Konsert Diraja Negeri Sembilan’ sempena pemerintah­an ke-10 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 23 Februari ini, jam 8.30 malam menerusi saluran TV2.

Rakaman konsert yang berlangsun­g pada 9 Februari lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur ini menampilka­n pengacara Adibah Noor dan menggabung­kan artis terkemuka tanah air Dato’ Jamal Abdillah dengan lagu ‘Bunga Pujaan’, ‘Dari Sudut Kamar Hati’ dan ‘Seniman Menangis’.

Dayang Nurfaizah bakal muncul dengan pilihan lagu ‘Penawar Rindu’, ‘Hakikat Cinta’, ‘Lelaki Teragung’ dan duet bersamasam­a Hael Husaini untuk lagu ‘Haram’. Hael kemudianny­a tampil solo mendendang­kan lagu popularnya ‘Jampi’.

Penyanyi Aishah pula membawakan lagu ‘Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu’ dan ‘Janji Manismu’.

Saksikan juga persembaha­n Syamel dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ dan mashup ‘Fly Me To The Moon’ dan ‘Lucky’, duet Syamel dan penyanyi Indonesia, Ratu Sikumbang.

Ratu Sikumbang juga menyanyika­n lagu medley ‘Pelangi’ dan ‘Dalam Kenangan’ juga lagu ‘I Will Always Love You’.

Penonton turut dihiburkan oleh penyanyi Poova dengan lagu ‘The Way You Look Tonite’, Noryn Aziz lagu ‘Never Enough’ dan ‘Rockabye’ gandingan Poova, Noryn Aziz dan Juzzthin.

Istimewa kemunculan Tunku Zain dengan alunan piano instrument­al ‘One Note Samba’ diikuti lagu ‘I Wanna Hold Your Hand’ dan medley lagu ‘Buka Pintu’, ‘Lihatlah’ dan ‘Tiru Macam Saya’, duet bersama-sama Ushera. Saksikan juga medley lagu ‘This Is Pilah’ dan ‘Pulang Merantau’ gabungan pentas Tunku Zain, Waris dan Ushera.

Persembaha­n artis diiringi Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) terdiri daripada 52 pemuzik di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail dan Jari.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Hael Husaini (kiri) dan Dayang Nurfaizah yang dinobatkan sebagai Juara menerusi lagu ‘Haram’ di Anugerah Juara Lagu ke-33 barubaru ini turut membuat persembaha­n di Konsert Diraja Negeri Sembilan yang akan disiarkan di TV2 pada Sabtu ini
PERSEMBAHA­N: Hael Husaini (kiri) dan Dayang Nurfaizah yang dinobatkan sebagai Juara menerusi lagu ‘Haram’ di Anugerah Juara Lagu ke-33 barubaru ini turut membuat persembaha­n di Konsert Diraja Negeri Sembilan yang akan disiarkan di TV2 pada Sabtu ini
 ??  ?? SYAMEL
SYAMEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia