Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan pengantin di India dirempuh trak

-

Tiga belas orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas sebuah trak yang dipandu laju merempuh rombangan pengantin sedang berarak dalam satu kejadian di Rajasthan, India kelmarin, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Polis melancarka­n gerakan mengesan pemandu trak berkenaan yang melarikan diri sejurus kejadian di daerah Pratapgarh.

“Trak terbabit merempuh perarakan perkahwina­n, sembilan maut di tempat kejadian dan selebihnya disahkan meningga dunia semasa menerima rawatan di hospital,” kata pegawai daerah Shyam Singh Rajpurohi.

“Nahas itu amat menyedihka­n, ramai terkorban.

“Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera sembuh,” kata Ketua Menter Rajasthan Ashok Gehlot dalam Twitternya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia