Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kanak-kanak, seorang wanita ditemui mati ditembak

-

Tiga kanakkanak dan seorang wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di sebuah rumah di kawasan luar bandar di utara daerah Kent dalam negeri Michigan di bahagian barat tengah Amerika Syarikat pada petang kelmarin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Syerif Daerah Kent.

Hartanah itu terletak di Perbandara­n Solon di bahagian barat laut Cedar Springs.

Jabatan Syerif Kent menyebut kanak- kanak terbabit berusia lingkungan sekolah rendah dan ke bawah namun enggan memberikan maklumat lanjut atas alasan identit mereka sedang dikenal pasti lapor media tempatan.

Para penyiasat sedang meneliti tempat kejadian mengumpul bukti forensik dan menemu bual orang yang menemui mayat mangsa.

LaJoye- Young meminta jiran mangsa yang memilik kamera pengawasan menghala ke arah hartanah itu agar berkongsi petunjuk dengan jabatan syerif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia