Utusan Borneo (Sarawak)

Penasihat kanan Trudeeau dituduh campur tangan kes SNC-Lavalin

-

Penasihat kanan kepada Perdana Menteri Justin Trudeau meletakkan jawatan kelmarin di sebalik tuduhan melibatkan campur tangan politik dalam pendakwaan jenayah terhadap syarikat gergasi kejurutera­an SNC-Lavalin.

Salah seorang arkitek utama bagi kemenangan Trudeau dalam pilihan raya 2015 dan rakan lama beliau, Gerry Butts menyatakan beliau meletakkan jawatan sebagai setiausaha dasar untuk perdana menteri bagi mengelakka­n gangguan bagi kerajaan berdepan satu lagi perebutan pilihan raya yang sengit dalam masa lapan bulan.

Dalam satu kenyataan, Butts menafikan tuduhan “secara berperingk­at” yang beliau secara peribadi memberikan tekanan terhadap bekas pendakwa raya umum Jody Wilson-Raybould bagi satu penyelesai­an di luar mahkamah dengan firma tersebut.

“Sebarang tuduhan bahawa saya atau kakitangan memberikan tekanan terhadap pendakwa raya umum adalah tidak benar,” kata beliau, namun menambah: “Ia merupakan demi kepentinga­n terbaik bagi pejabat dan tugas penting bagi saya untuk menjauhiny­a.’

Selama beberapa minggu, kerajaan Trudeau telah digegarkan dengan tuduhan campur tangan yang pertama dilaporkan oleh Globe and Mail, memetik kepada sumber yang tidak dinyatakan.

Krisis politik menjadi semakin mendalam pada minggu lepas dengan perletakan jawatan mengejut oleh Wilson-Raybould, dan pelancaran satu siasatan oleh pesuruhjay­a etika bebas.

Anggota pembangkan­g dari jawatankua­sa kehakiman Rakyat turut cuba untuk cuba untuk memberikan tumpuan terhadap isu tersebut, namun pihak Liberal menggunaka­n majoriti mereka untuk menghalang cadangan agar Butts dan pegawai kanan kerajaan yang lain memberikan keterangan. Jawatankua­sa tersebut akan membincang­kan isu itu sekali lagi semalam secara tertutup.

SNC-Lavalin yang berpusat di Montreal telah didakwa 2015 dengan kesalahan rasuah kerana memberikan rasuah kepada pegawai di Libya di antara 2001 dan 2011 untuk mendapatka­n kontrak kerajaan semasa kebangkita­n bekas pemimpin Muammar Ghadaffi.

Ia telah melobi kerajaan, termasuk pegawai kanan di dalam pejabat Trudeau, bagi satu penyelesai­an luar mahkamah yang akan termasuk membayar denda dan bersetuju untuk melaksanak­an langkah-langkah pematuhan.

Satu kemungkina­n bagi keputusan bersalah dalam perbicaraa­n, dipertikai­kan oleh syarikat, berisiko melumpuhka­n perniagaan­nya serta meletakkan ribuan orang kehilangan pekerjaan.

Namun Wilson-Raybould menolak untuk meminta pendakwa raya untuk berurusan dengan syarikat, dan perbicaraa­n telah dijangka akan diteruskan.

Trudeau telah menafikan tuduhan, menyatakan bahawa beliau telah menjelaska­n kepada Wilson-Raybould bahawa mana-mana keputusan dalam kes “harus dilakukan sendiri oleh pendakwa raya umum.”

Wilson- Raybould telah menolak untuk bercakap, memetik kepada keistimewa­an peguam-anak guam dan kerahsiaan kabinet.

Butts menjadi rakan rapat dengan Trudeau ketika di universiti dan sejak lebih dua dekad akan membantu meneliti masa depan Trudeau. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LETAK JAWATAN: Gambar fail 9 Disember, 2016 menunjukka­n Butts bersama Ketua Staf Pejabat PM Katie Telford (kiri) mendengar ucapan Trudeau (tengah) semasa mesyuarat Menteri-Menteri Pertama di Ottawa, Ontario.
— Gambar Reuters LETAK JAWATAN: Gambar fail 9 Disember, 2016 menunjukka­n Butts bersama Ketua Staf Pejabat PM Katie Telford (kiri) mendengar ucapan Trudeau (tengah) semasa mesyuarat Menteri-Menteri Pertama di Ottawa, Ontario.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia