Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin pembangkan­g Nicaragua dihukum penjara 200 tahun

-

Dua pemimpin pembangkan­g di Nicaragua dijatuhkan hukuman penjara lebih 200 tahun kelmarin kerana terlibat dalam bantahan ganas pada tahun lepas terhadap Presiden Daniel Ortega yang menyebabka­n 325 orang terkorban, menurut peguam mereka.

Medardo Mairena dijatuhkan hukuman penjara 216 tahun atas keganasan dan enam kesalahan lain berkaitan dengan penglibata­n dalam bantahan yang menyebabka­n kematian empat anggota polis dan seorang awam, menurut peguam Julio Montenegro dari badan bukan kerajaan Suruhanjay­a Tetap bagi Hak Asasi Manusia.

Pedro Mena dijatuhkan hukuman penjara 210 tahun atas keganasan dan dan beberapa kesalahan lain.

Montenegro menyatakan hukuman itu tidak dijangkaka­n dan melampau.

Dua ketua pembangkan­g itu akan menjalani hanya 30 tahun di dalam penjara kerana itu merupakan tempoh maksimum yang dibenarkan dalam undang-undang Nicaragua.

Mairena merupakan salah seorang ketua Civic Alliance for Justice and Democracy, kumpulan pembangkan­g yang dibentuk pada Mei untuk mencari penyelesai­an terhadap krisis politik di negara itu melalui dialog dengan pihak kerajaan.

Bantahan bermula pada April dan meningkat ketika mereka berdepan dengan tindakan tegas kerajaan.

Rundingan tersebut gagal pada Jun ketika Ortega menolak permintaan utama pembangkan­g untuk meletak jawatan dan mempercepa­t pilihan raya presiden.

Bantahan berlaku sehingga Oktober dan ketika ramai yang terkorban, lebih 750 orang telah ditangkap dan dituduh atas keganasan.

Pihak pembangkan­g Nicaragua menuduh bekas ketua gerila Ortega yang memegang kuasa sejak 2007 membentuk pentadbira­n diktator yang korup bersama isterinya dan timbalanny­a Rosario Murillo. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIPENJARAK­AN: Gambar fail 16 Mei, 2018 menunjukka­n Mairena berucap pada pusingan pertama dialog selepas siri protes ganas antikeraja­an di Managua.
— Gambar Reuters DIPENJARAK­AN: Gambar fail 16 Mei, 2018 menunjukka­n Mairena berucap pada pusingan pertama dialog selepas siri protes ganas antikeraja­an di Managua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia