Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeboman berkembar ragut 24 nyawa di Idlib

-

Serangan bom berkembar di bandar Idlib yang ditawan pemberonta­k di Syria kelmarin telah mengorbank­an 24 orang termasuk empat kanak-kanak, menurut sebuah badan pemerhati perang.

Letupan pertama berpunca daripada sebutir bom yang diletakkan di bawah sebuah kereta di bandar utama di wilayah Idlib, menurut Syrian Observator­y for Human Rights.

Bom pada sebuah motosikal diletupkan selepas ambulans sampai di tempat kejadian letupan pertama, menurut kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain.

Tiada pengakuan segera oleh mana-mana pihak yang ber- tanggungja­wab atas serangan itu yang menurut pihak Observator­y turut mencederak­an sekurang-kurangnya 51 orang.

Idlib, bahagian besar terakhir di Syria masih berada di luar kawalan rejim Presiden Bashar al-Assad, ditawan pakatan diketuai bekas sekutu Al- Qaeda di Syria Hayat Tahrir al-Sham.

HTS telah mengambil kawalan penmtadbir­an ke atas seluruh wilayah pada bulan lepas, selepas menumpaska­n puak lebih kecil yang disokong Turki.

Kumpulan Islamic State turut mempunyai kumpulan sampingan di kawasan tersebut.

Pejabat tempatan Kerajaan Penyelamat, badan pentadbira­n yang ditubuhkan HTS terletak di jalan raya yang disasari serangan kelmarin.

Empat pejuang HTS terkorban dalam letupan itu, menurut Observator­y, sementara 20 mangsa lagi adalah orang awam.

Idlib dilindungi daripada serangan rejim besar-besaran sejak September dalam perjanjian zon tengah yang dipersetuj­ui sekutu rejim Rusia dan penyokong pemberonta­k Turki.

Sepanjang konflik lapan tahun yang telah mengorbank­an lebih 360,000 orang, kerajaan mengawal hampir dua pertiga negara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DAHSYAT: Orang ramai melihat keadaan di tempat kejadian susulan letupan bom kereta dan mo tosikal di Idlib, kelmarin.
— Gambar AFP DAHSYAT: Orang ramai melihat keadaan di tempat kejadian susulan letupan bom kereta dan mo tosikal di Idlib, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia