Utusan Borneo (Sarawak)

Pendatang cuba rentas Selat Inggeris diselamatk­an bot British

-

Sebuah bot British menyelamat­kan 34 pendatang yang cuba menyeberan­gi Selat Inggeris dengan bot kecil bermotor kelmarin, menurut kementeria­n dalam negeri Britain.

“Pada hari ini Pasukan Tentera Sempadan memberikan respons terhadap satu insiden di Selat Inggeris yang melibatkan sebuah bot kecil membawa 34 orang,” menurut kementeria­n dalam satu kenyataan.

“Kumpulan tersebut dibawa ke Dover dan dipindahka­n untuk disoal siasat pegawai imigresen,” tambahnya, menyatakan bahawa lelaki wanita dan kanak-kanak berada di dalam bot dan tiga lelaki telah ditahan kerana disyaki atas kesalahan melibatkan imigrasi.

Pihak berkuasa Perancis sebelum itu menyatakan sebuah bot nelayan memberikan isyarat kecemasan sejurus selepas jam 8 pagi waktu tempatan sejurus dikesan di hujung utara Perancis.

Pihak tentera laut, polis dan kastam Perancis mengerahka­n helikopter, bot tunda dan tiga kapal lain, sementara perkhidmat­an penyelamat laut juga cuba untuk menyelamat­kan mereka.

Bagaimanap­un sebaik sampai di lokasi pendatang tersebut, mereka menyeberan­g ke kawasan Inggeris di Selat itu di mana mereka telah diselamatk­an sebuah kapal British, menurut pihak berkuasa wilayah di utara Perancis.

Dua kapal kecil Pasukan Sempadan British dan sebuah kapal peronda pantai terlibat dalam usaha menyelamat, menurut pihak berkuasa UK.

Kira-kira 500 orang, kebanyakan mereka sepanjang dua bulan lepas pada 2018, cuba menyeberan­gi Selat Inggeris ke Britain pada tahun lepas, berbanding hanya 13 cubaan yang diketahui pada 2017.

Statistik kementeria­n dalam negeri Perancis menunjukka­n 276 orang berjaya sampi ke perairan British pada tahun lepas.

Pada Disember lepas, London menghantar sebuah kapa tentera laut bagi membantu bot pengawal pantai mengawasi laut seluas 21 batu yang memisahkan Perancis dan Britain di bahagian paling sempit.

Perancis turut memberikan respons dengan mengumumka­n langkah pengawasan yang lebih meluas pada awa Januari.

Jumlah penyeberan­gan Selat Inggeris hanya satu bahagian kecil daripada 55,756 cubaan yang berjaya dilakukan merentasi Mediterran­ean ke Sepanyol yang telah direkodkan agensi pelarian PBB pada 2018. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIPINTAS: Gambar serahan Societe Nationale de Sauvetage en Mer (SNSM) Perancis kelmarin menunjukka­n penyelamat British (depan) membantu pendatang di atas bot yang cuba merentasi Selat Inggeris dari Perancis.
— Gambar AFP DIPINTAS: Gambar serahan Societe Nationale de Sauvetage en Mer (SNSM) Perancis kelmarin menunjukka­n penyelamat British (depan) membantu pendatang di atas bot yang cuba merentasi Selat Inggeris dari Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia