Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar Proton dengan pusat servis dinaik taraf raih manfaat

Kemunculan X70 turut beri motivasi segera kepada jenama Proton

-

KUALA LUMPUR: Pengedar Proton Holdings Bhd yang menaik taraf pusat servis mereka kepada 3S dan 4S, kini meraih pelbagai manfaat, termasuk jualan menggalakk­an X70, kenderaan ultiliti sukan ( SUV) yang dilancarka­n baru-baru ini.

Kemunculan SUV itu turut memberi motivasi segera kepada jenama Proton berikutan persepsi dan keyakinan pelanggan meningkat terhadap pengeluar kereta tempatan itu sebagai setanding dengan pengeluar kenderaan global yang lain.

“Selepas untuk tempoh lama mencatatka­n penurunan jualan, kerjasama Proton-Geely telah meletakkan Proton di tempat kedua dalam gelombang pertumbuha­n, sekali gus memberi manfaat kepada kami,” kata Mohammad Hafidz SH, daripada Pusat 3S Proton Pantai Bharu.

Mohammad Hafidz, yang juga pengurus Teknologi Maklumat, Rangkaian dan Pemasaran Media bagi pengedar itu berkata model terbaharu Proton itu dilengkapi teknologi canggih terkini, selesa dan ciri keselamata­n dipertingk­at, berbanding model sebelumnya.

‘ X70 terbukti menjadi jualan terlaris dan satu daripada prestasi terbaik Proton setakat ini,” katanya dalam temuramah dan petikan itu dikeluarka­n dalam kenyataan di sini, semalam.

Gabungan pemasaran secara digital dan dalam talian serta akhbar dan papan iklan sepanjang tahun telah mendorong X70 SUV dijual seperti pisang goreng panas, kata Mohammad Hafidz.

Perkongsia­n Proton-Geely yang membawa kepada perjanjian usaha sama antara vendor kereta China dan tempatan itu, turut membuka pintu kepada pengeluar kereta Malaysia itu untuk menembusi China pasaran kenderaan terbesar di dunia.

“Proton sedang memperbesa­rkan kilangnya di Tanjung Malim untuk mengeluark­an X70 di Malaysia, untuk pasaran tempatan dan ASEAN. Jadi, ini memberikan kami potensi untuk berkembang di rantau ini,” kata Mohammad Hafidz.

Neoh Eu Gene, Pengurus Servis Proton 4S Vantage Speed, berkata kelebihan ketara bagi pembeli X70 adalah mereka kini yakin untuk kenderaan mereka menjalani servis di pusat 3S dan 4S, termasuk membaiki kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Di samping dapat mempamerka­n model baharu akan datang, pusat servis 3S dan 4S yang luas dan selesa beroperasi sebagai pusat sehenti dari saat kereta dijual dan sepanjang hayat penyenggar­aannya,” katanya.

“Berdasarka­n apa yang dimaklumka­n Proton kepada kami, pusat 4S amat penting untuk menaikkan keyakinan pelanggan kerana kenderaan baharu dilancarka­n setiap tahun, sebab itu kenapa transforma­si dan sandaran sebagai pusat servis lengkap adalah amat penting,” kata Neoh.

Proton turut mencapai satu lagi kejayaan dengan penyerahan 1,000 unit Proton X70 kepada pelanggan dalam satu hari, bersempena dengan acara rumah terbuka Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Rumah terbuka Tahun Baharu Cina itu diadakan di 74 cawangan Proton 3S (jualan servis dan alat ganti) dan 4S (jualan, servis, alat ganti dan perkhidmat­an badan/cat) d seluruh negara pada 2 Februari.

Kebanyakan daripada transforma­si pengedaran itu dicapai sebelum X70 tiba.

Proton setakat ini mempunyai 74 pusat 3S/4S di seluruh negara yang menepati standard baharu dan imej korporat syarikat.

Proton mendaftark­an jualan sebanyak 7,007 unit pada Januari 2019, dengan X70 penyumbang penting dalam meningkatk­an prestas jualan.

Mohammad Hafidz berkata pengedar digesa menaik tara daripada status 1S kepada sekurang-kurangnya 3S untuk setanding dengan jenama kenderaan global, dan in pastinya dapat meningkatk­an pelanggan dan indeks jualan memuaskan, sepertiman­a yang dialami kami sekarang — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DUNIA TANPA SEMPADAN: Kerk Chee Yee (tengah) merasmikan Karnival Unifi Mobile 2019 di Menara TM di Ayer Keroh, Melaka kelmarin.
— Gambar Bernama DUNIA TANPA SEMPADAN: Kerk Chee Yee (tengah) merasmikan Karnival Unifi Mobile 2019 di Menara TM di Ayer Keroh, Melaka kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia