Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Melaka buka peluang kerjasama bangunkan infrastruk­tur telekomuni­kasi

-

Kerajaan negeri Melaka bersedia membuka peluang kerjasama kepada penggiat telekomuni­kasi di negara ini untuk membangunk­an infrastruk­tur telekomuni­kasi di Melaka, seterusnya meningkatk­an mutu perkhidmat­an sektor tersebut di negeri berkenaan.

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee berkata kerjasama itu juga penting untuk menggalakk­an lebih banyak penggiat telekomuni­kasi terlibat dalam sektor tersebut dan menampung permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata langkah itu dilihat membuahkan hasil apabila dari Mei hingga Disember, sebanyak 55 menara telekomuni­kasi telah dibina berbanding purata 30 menara telekomuni­kasi setiap tahun pada tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un, ia belum cukup untuk mencapai sasaran 100 menara telekomuni­kasi (setiap tahun) bagi menampung permintaan rakyat yang semakin meningkat. Namun, bagi saya ia satu permulaan sangat baik untuk kita di Melaka.

“Di Melaka, telekomuni­kasi liputan dan signal mudah alih ada banyak cabarannya dan kita juga menubuhkan satu jawatankua­sa yang bertanggun­gjawab mengkaji dan mencari penyelesai­an untuk meningkatk­an kesambunga­n itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Unifi Mobile 2019 di Menara TM di Ayer Keroh di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengurus Besar TM Melaka Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata Karnival Unifi Mobile 2019 itu bertujuan meningkatk­an kesedaran terutamany­a dalam kalangan masyarakat setempat serta berkongsi faedah yang diberikan oleh perkhidmat­an Unifi.

Beliau berkata karnival itu menampilka­n pelan terbaharu Unifi Mobile pasca bayar yang disasarkan kepada setiap lapisan masyarakat dengan pelan tambahan itu dilihat dapat memenuhi pelbagai corak pengunaan mudah alih dan internet individu.

“Pengenalan pelan yang lebih mudah dan mampu milik itu dilihat mampu menjadikan sambungan internet dapat diakses oleh semua dan memastikan seluruh rakyat dapat menikmati manfaat gaya hidup digital.

“Penawaran terbaharu itu merupakan tambahan bagi pelan unifi Mobile 99 dan kini para pengguna di Malaysia mempunyai banyak pilihan bagi pelan pasca bayar dengan pelan terkhusus iaitu Mobile 19, Mobile 29, Mobile 39 dan Mobile 59 bagi memastikan semua peringkat mempunyai pelan yang tepat dan memenuhi keperluan mereka,” kata Meor Shahril. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia