Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB perjelas saman PSC

-

Saman cukai lapangan terbang atau caj perkhidmat­an penumpang ( PSC) terhadap kumpulan AirAsia sedang dihujahkan di mahkamah dan proses itu perlu dibiarkan berjalan lancar, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB menjelaska­n PSC adalah kadar statutor ditetapkan kerajaan dan diterbitka­n menerusi pewartaan dan memberi kesan terhadap ekonomi industr penerbanga­n negara.

“Adalah penting untuk benar- benar jelas tentang pelaksanaa­n PSC yang telah diwartakan, peranan dan tanggungja­wab syarikat penerbanga­n dan lapangan terbang, serta, hak pihakpihak yang terlibat.

“Perkara ini melibatkan undang-undang yang perlu diputuskan oleh mahkamah untuk memuktamad­kan perkara itu, untuk membolehka­n industri penerbanga­n beroperasi secara efisien dan kompetitif, dan mematuhi semua piawaian dan peraturan penerbanga­n antarabang­sa,” kata MAHB dalam kenyataan semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia