Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Sunway Constructi­on Group peroleh projek TNB RM781 juta

-

Anak syarikat Sunway Constructi­on Group Bhd, Sunway Constructi­on Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai RM781.3 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membina dan menyiapkan kampus TNB di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh 26 bulan dari tarikh projek dimulakan yang akan ditentukan oleh pihakpihak.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan seterusnya,” katanya.

Sunway Constructi­on Group berkata, projek itu akan meningkatk­an nilai perolehan projeknya secara keseluruha­n kepada RM6 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia