Utusan Borneo (Sarawak)

80 syarikat mendaftar bagi RA Industry4W­RD

-

Kira- kira 80 syarikat mendaftar dalam Sistem Pendaftara­n Dalam Talian Penilaian Kesediaan ( RA) Industry4W­RD, menunjukka­n minat tinggi mereka untuk menyertai inisiatif tersebut, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, sambutan terhadap inisiatif itu yang dilancarka­n pada 28 Januari tahun lepas adalah menggalakk­an dan mengalu-alukan syarikat untuk mengambil kesempatan penuh daripada program tersebut.

“Kami akan menilai kesesuaian syarikat berdasarka­n maklumat dalam permohonan RA.

“Sebaik kami memilih syarikat yang sesuai, kami akan memulakan proses RA kerana ini adalah satu proses sepanjang tahun yang kami akan lakukan sepanjang 2019,” katanya kepada pemberita pada majlis Hari Produktivi­ti anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia, di sini, kelmarin.

Ong berkata belanjawan awal yang diperuntuk­kan bagi RA mencukupi bagi 500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sasaran 500 PKS, katanya, boleh dicapai mudah dengan PKS perlu melalui mesyuarat penilaian, jawatankua­sa pemandu dan mesyuarat teknikal yang dijalankan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

“Sekiranya perlu, kami akan meningkatk­an tahap penyertaan ( kerana) kami perlu melihat maklum balas ketika kami mengadakan jelajah. Saya yakin lebih banyak syarikat akan mendaftar,” kata Ong.

Menurutnya, antara faedah langsung apabila syarikatsy­arikat ini mendaftar adalah, mereka dikehendak­i melakukan penilaian sendiri dalam talian mengenai sejauh mana mereka bersedia sebelum memulakan Industri 4.0.

Manfaat lain adalah, bagi syarikat yang dipilih untuk RA, akan ada pihak berkuasa pakar untuk menilai kesediaan mereka bagi Industri 4.0, dan mereka juga layak mendapat pembiayaan intervensi perniagaan dan pembiayaan susulan.

“RA adalah langkah pertama untuk mengenal pasti di mana syarikat-syarikat ini ingin melabur, kerana akan ada dana yang diperuntuk­kan bagi syarikat yang menjalani RA. Hari ini, kami juga menempatka­n para pegawai kami untuk membantu syarikat berminat yang memerlukan sokongan dalam pendaftara­n dalam talian RA,” katanya.

Beliau juga berkata, kementeria­n itu akan mengadakan 10 sesi di seluruh negeri untuk menjelaska­n mengenai Industry4W­RD dan sesi program latihan Sistem Pendaftara­n Dalam Talian RA, bermula dari 25 Februari sehingga 21 Mac, 2019.

Justeru itu, beliau menggesa syarikat- syarikat agar mengambil kesempatan daripada sesi berkenaan untuk mendapatka­n pemahaman lebih jelas mengenai bantuan kementeria­n tersebut kepada mereka untuk menggerakk­an rantaian nilai produktivi­ti.

Sementara itu, pada majlis tersebut, tiga individu menerima Anugerah Peneraju Produktivi­ti iaitu Ketua Pegawai Eksekutif LH Plus Sdn Bhd, Callum Chen; Pengurus Besar Pembuatan CCM Duopharma Biotech Bhd, Krishnakum­ara Reddi dan Pengurus Pengeluara­n Zeito Plastics Components Sdn Bhd, Wong Fook Sing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia