Utusan Borneo (Sarawak)

Malindo Air laksana peruntukan baharu bagasi untuk kelas ekonomi

-

Malindo Air memperkena­l peruntukan baharu berat bagasi, 15kg dan 30kg masing-masing bagi penumpang kelas ekonomi menerusi opsyen tambang ‘ Nilai dan Fleksi’, daripada 25kg sebelum ini.

Dalam kenyataan semalam, syarikat penerbanga­n itu berkata pelarasan itu berkuat kuasa pada 15 Februari lalu.

Peruntukan bagasi bagi kelas perniagaan dan penerbanga­n ATR masingmasi­ng kekal pada 40kg dan 15kg.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Chandran Rama Muthy berkata pelarasan itu dibuat selaras dengan perubahan dalam industri serta permintaan penumpang.

“Opsyen ini membolehka­n penumpang yang memen- tingkan kos memperoleh tambang udara yang lebih kompetitif dan memenuhi keperluan mereka.

“Kami mahu produk kami relevan kepada pasaran dan menawarkan pengalaman penerbanga­n yang lebih baik kepada penumpang kami,” katanya.

Beliau berkata penumpang yang sudah menempah sebelum dan pada tarikh perjalanan pada 15 Februari, dibenarkan untuk membawa bagasi dengan muatan asal seperti yang dinyatakan dalam jadual penerbanga­n.

Penumpang juga boleh menambah nilai peruntukan bagasi semasa proses tempahan, menerusi ‘ Manage My Booking’, pejabat tiket Malindo Air, pusat perkhidmat­an pelanggan dan ejen perjalanan terpilih. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia