Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan laksana pelbagai inisiatif tingkat harga minyak sawit

-

Kerajaan akan melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi memastikan harga minyak sawit naik secara berperingk­at dan mencecah ke paras RM2,400 setan metrik.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata antara lainnya kerajaan kini giat meneroka dan mengukuhka­n pasaran baharu seperti di Iran, Turki dan Pakistan berikutan penggunaan yang tinggi di negara-negara tersebut.

“Dengan penerokaan itu, kita berharap akan dapat mewujudkan permintaan yang lebih tinggi kerana Malaysia hanya memiliki sebanyak 30 peratus bahagian pasaran di negara-negara itu. Sekiranya kita mampu meningkatk­an peratusan itu, ia akan dapat memperluas­kan penggunaan minyak sawit.

“Namun, kita perlu ingat untuk memastikan harga terus meningkat, permintaan dan tawaran untuk minyak ini perlu seiring. Kalau tawaran banyak tetapi permintaan kurang, ia menyebabka­n harga komoditi ini menurun,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini, kelmarin.

Selain itu, Shamsul Iskandar berkata kerajaan juga akan berusaha untuk memastikan peningkata­n permintaan dari China, India dan negara Timur Tengah bagi membantu mengurangk­an bekalan minyak sawit sekali gus mengekalka­n harga komoditi tersebut.

“Tindakan Kesatuan Eropah yang memboikot minyak sawit negara tidak akan memberi kesan yang besar dalam usaha kita untuk meningkatk­an harga minyak sawit, namun kita berharap kita tidak akan kehilangan mereka (Kesatuan Eropah) sebagai pengimport kedua terbesar minyak sawit negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT KENANGAN: Shamsul Iskandar (kanan) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurini Kassim ketika mengadakan kunjungan hormat di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, kelmarin
— Gambar Bernama BUAT KENANGAN: Shamsul Iskandar (kanan) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurini Kassim ketika mengadakan kunjungan hormat di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia