Utusan Borneo (Sarawak)

Allianz Rocks bakal gegarkan Kota Kinabalu 26 Februari ini

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

Allianz Malaysia akan membawa konsert Allianz Rocks ke Kota Kinabalu pada 26 Februari 2019.

Konsert yang menampilka­n Papa Rock Datuk Ramli Sarip dan kugiran tempatan Ruhh akan diadakan di Oceans Waterfront Mall.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir berkata, Allianz Malaysia telah menganjur- kan konsert Allianz Rocks yang pertama di Panggung Anniversar­i, Kuala Lumpur November lalu yang memaparkan Ramli dan Ruhh. Allianz Rocks di Kota Kinabalu ini merupakan konsert ulangan kepada acara tersebut.

“Kali ini, kita akan membawa konsert ini ke Kota Kinabalu sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Sabah atas kesetiaan mereka. Tambahan pula, kita sangat gembira bahawa Ramli Sarip dan Ruhh akan tampil di pentas yang sama sekali lagi,” katanya.

“Saya yakin ramai akan bersetuju bahawa persembaha­n Datuk Ramli tiada tandingan dan Ruhh membuktika­n bahawa mereka boleh bermain muzik dengan bagus di samping salah seorang rocker terkenal. Jadi jangan lupa untuk datang dan bersuka ria bersama Allianz, Ramli Sarip dan Ruhh,” tambah Zakri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia