Utusan Borneo (Sarawak)

Visa lancar aplikasi mudah alih concierge pertama di Malaysia

-

Visa Inc melancarka­n aplikasi mudah alih concierge pertama di Malaysia yang membolehka­n pemegang kad Visa golongan mewah mengakses pelbagai perkhidmat­an concierge di telefon mudah alih mereka yang boleh dimuat turun di iOS App Store dan Google Android Store.

Syarikat itu dalam satu kenyataan semalam berkata, aplikasi mudah alih itu menawarkan saluran masa nyata bagi mengatur untuk perkhidmat­an seperti tempahan hotel, penerbanga­n dan restoran, pembelian tiket acara atau pertanyaan lain.

Fungsi bual secara langsung juga tersedia di aplikasi itu, yang membolehka­n pengguna untuk berbual dengan wakil perkhidmat­an pelanggan secara langsung bagi membuat permintaan peribadi dan yang dipesan terlebih dahulu.

Pengurus Negara Visa bagi Malaysia Ng Kong Boon berkata, permintaan sebelum ini berdasarka­n kepada model concierge tradisiona­l menunjukka­n 40 peratus permintaan berkaitan perjalanan diikuti mencari tempat makan.

“Dengan pengenalan aplikasi atas-permintaan dalam pasaran, di mana rakyat Malay- sia sudah biasa dengan menempah dan membeli produk atau perkhidmat­an di mana-mana sahaja, mereka telah terbiasa dengan kelajuan dan kecekapan yang tinggi,” katanya.

Ng berkata, Visa melihat keperluan untuk menyediaka­n kepada pemegang kad golongan mewah tahap kecekapan yang sama berkaitan dengan permintaan concierge. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia