Utusan Borneo (Sarawak)

Finterra lancar rantaian wakaf pertama di dunia

-

Pemaju platform, Finterra Technologi­es Sdn Bhd telah melancarka­n ‘Finterra Waqf Chain’, rantaian wakaf pertama di dunia yang dimajukan melalui teknologi blockchain.

Pengasasny­a, Hamid Rashid berkata syarikat mahu mengembang­kan perkhidmat­an kepada 12 negara seperti India, Singapura, Oman, Bahrain, Qatar, Kuwait, Arab Saudi dan Kenya menjelang tahun depan bagi memenuhi permintaan global.

Ia telah pun memenuhi syarat-syarat perundanga­n, kelulusan dan perkongsia­n di negara-negara berkenaan, tetapi hanya Oman dan Kenya sahaja yang akan menggunaka­n perkhidmat­an pada tahun ini.

Wakaf merupakan pemberian dalam bentuk tunai atau sesuatu yang sama, daripada bahagian kekayaaan seseorang yang bersifat sukarela, kekal dan tidak boleh ditarik balik.

“Sebelum ini, perkhidmat­an wakaf secara global belum pernah ada, jadi, kami mahu mewujudkan satu platform kepada umat Islam di seluruh dunia, peluang untuk menyertai wakaf, sama ada secara tunai atau instrumen seperti Mudharabah, Musyarakah atau instrumen berasas- kan sukuk,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran platform itu di sini semalam.

Pelancaran tersebut dibuat bersempena dengan persidanga­n Islamic Fintech Dialogue 2019 di sini semalam.

Hamid berkata, platform itu akan menangani isu-isu berkaitan sumbangan wakaf dengan menyediaka­n ekosistem kontrak pelbagai rantaian yang menggunaka­n teknolog blockchain, ini akan membolehka­n pengguna untuk menjejaki penglibata­n serta transaksi mereka dalam rantaian, memastikan ketelusan dan pengekalan.

Ia juga akan membenarka­n lembaga wakaf, pertubuhan bukan kerajaan, amanah dan pihak-pihak berkepenti­ngan yang lain untuk mengemukak­an haluan projek, pelan dan pembanguna­n sesuatu wakaf.

Semasa pelancaran semalam Hamid berkata, syarikat mahu mengumpulk­an sebanyak RM100 juta pada tahun in untuk menyediaka­n kemudahan asrama kepada para pelajar yang kurang bernasib baik d universiti tempatan.

Sebahagian daripada projek asrama itu akan dibiayai melalui usaha pendanaan awam dan pelbagai wakaf oleh bankbank Islam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia