Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran hartanah dijangkaka­n mendatar pada 2019, kecuali gudang

-

Pasaran hartanah di Malaysia dijangkaka­n mendatar secara menyeluruh pada 2019 kecuali segmen gudang, yang disokong oleh industri e-dagang yang semakin bekembang, kata perunding hartanah antarabang­sa Rahim & Co Internatio­nal Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifn­ya Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata segmen gudang memberi pulangan yang kukuh sebanyak kira- kira enam hingga tujuh peratus sejak dua tahun lepas.

“Ekonomi e-dagang ini telah mewujudkan permintaan untuk gudang yang menjadi pilihan pelaburan yang berdaya maju.

“Teknologi Revolusi Industri 4.0 dan perkembang­an bersepadun­ya telah mendorong taman industri yang lengkap sebagai pilihan (untuk pergudanga­n). Sektor logistik juga dijangka terus berkembang seiring e-dagang,” katanya kepada pemberita pada Semakan Hartanah 2018/2019, di sini semalam.

Abdul Rahim berkata walaupun tiada yang luar biasa dijangkaka­n berlaku dalam pasaran hartanah pada 2019, beliau yakin sektor itu akan kembali meningkat dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang selepas kerajaan sedia ada stabil dan melaksanak­an dasarnya, termasuk dalam pasaran hartanah.

“Malaysia tidak mempunyai banyak isu dalaman kecuali perubahan kerajaan tahun lepas.

“Sekiranya dasar kerajaan logik dengan pasaran hartanah, dan semua mengikutin­ya, tidak ada alasan mengapa dasar ini tidak berfungsi,” katanya.

Abdul Rahim berkata 2019 akan terus menjadi pasaran pembeli kerana bukan hanya terdapat banyak hartanah sedia ada malahan pelbagai bantuan kewangan dan skim disediakan untuk pemilikan rumah.

“Walaupun ia dilihat jauh daripada jangkauan, impian untuk memiliki rumah masih boleh direalisas­i jika strategi dan perancanga­n yang lebih bijak dilaksanak­an.

“Tempoh penyatuan dijangkaka­n lebih lama, dan kita berharap perubahan baharu yang dibuat akan membawa hasil yang positif yang cukup untuk menyemarak­kan momentum dalam pasaran hartanah,” katanya.

Di luar negara, Abdul Rahim percaya rundingan perdaganga­n yang berjalan antara Amerika Syarikat dan China akan mencapai keputusan yang baik dan mampu membantu mengukuhka­n ekonomi global.

Pemaju kini katanya berada dalam kedudukan behati-hati ekoran sebahagian besar projek mereka yang siap belum terjual.

“Pemaju perlu menjalanka­n lebih banyak penyelidik­an mengenai lokasi dan produk yang akan menarik dan mengelak kawasan yang tiada permintaan. Tnjauan menda- pati kawasan yang dilengkapi infrastruk­tur dan akses pengangkut­an yang baik, sedang dibangunka­n.

“Masyarakat mahu tinggal di kawasan mampu milik dan mengurangk­an masa dan wang untuk pengangkut­an. Tidak ada gunanya membeli rumah yang lebih murah namun perlu membayar lebih tinggi untuk pengangkut­an,” katanya.

Abdul Rahim berkata, urus niaga hartanah pada separuh pertama 2018 (1H18) merosot 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya namun margin penurunann­ya lebih kecil daripada kejatuhan 1H17 sebanyak 6.1 peratus berbanding 1H16.

“Penurunan juga lebih perlahan pada akhir suku ketiga 2018 ( 3Q18), yang mencatatka­n 228,687 transaksi, dengan penurunan menyederha­na kepada -0.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017.

“Jumlah nilai transaks bagaimanap­un merosot pada kadar yang lebih rendah sebanyak -1.4 peratus dan mencatatka­n transaksi bernilai RM100.85 bilion berbanding 3Q17,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia