Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB rangka pelan strategik baharu

Tambah baik pelan pembanguna­n luar bandar sedia ada yang dirangka 21 tahun lepas

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah sedang merangka pelan strategik baharu bagi meningkatk­an keberkesaa­n pelaksanaa­n pembanguna­n kawasan luar bandar di negeri ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, ini penting bagi menambah baik pelan strategik pembanguna­n luar bandar sedia ada yang dirangka oleh kerajaan negeri sejak 21 tahun yang lepas, sekali gus menyesuaik­annya dengan keperluan dan aspirasi rakyat di kawasan luar bandar.

“Dasar baharu pembanguna­n luar bandar di peringkat nasional dan petunjuk prestasi utama perlu diambil kira dalam merangka satu dokumen pelan strategik Pembanguna­n Luar Bandar Sabah yang akan dilaksanak­an melalui pejabat-pejabat daerah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, di sini semalam.

Beliau berkata bengkel berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin, melibatkan kesemua pegawai daerah, penolong pegawai daerah dan timbalan Majlis Perbandara­n serta beberapa agensi lain seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, KPLB Persekutua­n Sabah, jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air Sabah dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

Selain bertujuan untuk merangka pelan strategik pembanguna­n luar bandar, bengkel berkenaan bertujuan untuk mengupas Dasar Pembanguna­n Luar Bandar Negara yang disediakan oleh KPLB Persekutua­n.

“Melalui bengkel ini, kita akan kemukakan input atau ulasan kita berkenaan dasar baharu itu kepada KPLB Persekutua­n sebelum dasar berkenaan diumumkan,” katanya.

Dasar Pembanguna­n Luar Bandar Negara adalah dasar baharu yang berfungsi sebagai panduan untuk membangunk­an kawasan luar bandar di seluruh negara dan ia dikeluarka­n oleh KPLB di peringkat Persekutua­n.

Sebelum ini KPLB Sabah meminta agar KPLB Persekutua­n menangguhk­an pelancaran dasar berkenaan yang sepatutnya dumumkan pada bulan ini bagi memberi peluang kepada Kerajaan Negeri mengemukak­an sebarang ulasan terhadap dasar yang berkaitan dengan negeri ini.

Ewon berkata, pada masa yang sama bengkel berkenaan turut membincang­kan termaterma jawatankua­sa bersama antara KPLB Sabah dan KPLB Persekutua­n dari segi penyelaras­an dan pemilihan projek-projek pembanguna­n luar bandar di bawah KPLB Persekutua­n di Sabah seperti Jalan-jalan Luar Bandar, Jalan Perhubunga­n Desa dan program-program ameniti sosial yang lain.

“Kita telah membentang­kan senarai projek keutamaan yang kita bincangkan untuk Rolling Plan ke-4 yang akan dilaksanak­an tahun ini dan tahun hadapan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), di bawah pembiayaan kerajaan persekutua­n.

“Dalam hal ini jabatanjab­atan teknikal dan agensi berkaitan turut dijemput untuk sama-sama membincang­kan senarai projek keutamaan yang telah disediakan supaya ia boleh dikaji semula sekiranya ada keperluan dan menukar tajuk projek mengikut keutamaan kerajaan Sabah hari ini,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIPERTINGK­AT: Ewon (duduk, tengah) bersama peserta Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar semalam. Peserta kursus itu terdiri daripada Pegawai Daerah seluruh Sabah.
— Gambar Bernama DIPERTINGK­AT: Ewon (duduk, tengah) bersama peserta Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar semalam. Peserta kursus itu terdiri daripada Pegawai Daerah seluruh Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia