Utusan Borneo (Sarawak)

664 anggota polis selia tahap keselamata­n masjid seluruh Sabah

-

Seramai 664 anggota polis ditempatka­n di 664 masjid di 20 daerah seluruh Sabah sebagai pegawai perhubunga­n berperanan menyelia tahap keselamata­n serta membantera­s kegiatan jenayah di rumah ibadat berkenaan.

Inisiatif yang diperkenal­kan menerusi program 1Masjid 1Polis (1M1P) itu merupakan kerjasama strategik antara Polis Kontinjen Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sejak 2018.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar berkata kehadiran anggota polis di setiap masjid diharap akan dapat membendung jenayah termasuk kes pecah tabung masjid, vandalisme dan kecurian sekali gus meningkatk­an keselamata­n dan ketenteram­an awam.

“Saya yakin apabila ada seorang polis ditempatka­n di masjid secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat setempat supaya tidak melakukan sebarang jenayah di kawasan itu,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Al-Quran dan melancarka­n 1M1P sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Sabah d sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Dr Hasbullah Mohd Taha, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia cawangan Sabah Norjel Jais dan Pengarah JHEAINS Saifulzama­n Sangul.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata anggota polis terlibat dalam 1M1P perlu memantau keselamata­n masjid sebanyak dua kali dalam sebulan selain berperanan member khidmat nasihat dalam aspek keselamata­n kepada qariah dan jemaah masjid. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia