Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah perinci pengwujuda­n pusat pemeriksaa­n di sempadan dengan Kalimantan Utara

-

Kerajaan negeri akan memperinci­kan cadangan pewujudan sebuah Pusat Pemeriksaa­n Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) antara sempadan negeri ini di Sarudong Kalabakan Tawau dengan Kalimantan Utara Indonesia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pewujudan pusat itu banyak membabitka­n bidang kuasa di peringkat kerajaan persekutua­n khususnya Kementeria­n Luar Negeri.

Pewujudan pusat itu diperlukan dalam menangani isu penyeludup­an di sempadan itu khususnya membabitka­n dadah.

“Mana-mana bidang kuasa di bawah kerajaan persekutua­n, ia akan diperincik­an oleh kementeria­n berkenaan.

“Begitu juga mana-mana bidang kuasa bawah kerajaan negeri kita akan perincikan. Pendekatan sama juga di pihak Wilayah Kalimantan Utara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sidang Sosek Malindo peringkat negeri Sabah di sini, semalam.

Sidang itu berlangsun­g selama dua hari berakhir semalam dan turut dihadiri Gabenor Kalimantan Utara Dr H. Irianto Lambrie.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Hanafiah Mohd Kassim menyampaik­an usul dibincangk­an dalam sidang itu antaranya pembukaan ICQS di Serudong sebagai pintu masuk di sempadan dengan Kalimantan Utara.

Menurut Hanafiah, Unit Perancang Ekonomi Sabah (UPEN) akan menjadi penyelaras untuk menyediaka­n cadangan pembanguna­n di kawasan Serudong secara menyeluruh.

Usul pewujudan ICQS itu akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Dalam Neger termasuk untuk mendapatka­n peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Sementara itu, Irianto berkata pihaknya melihat penubuhan ICQS itu yang penting untuk membantera­s kegiatan jenayah rentas sempadan khususnya kegiatan penyeludup­an antara Sabah dan Kalimantan Utara.

Terdapat banyak jalan tikus digunakan penyeludup di sempadan dalam kawasan Kalimantan Utara terutama d Simanggari­s. Sebab itu penting isu penyeludup­an dibincangk­an pada Sidang Sosek Malindo ini — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Mohd Shafie Dr Irianto (kanan) bertukar dokumen risalah yang dimeterai pada perjumpaan ahli Jawatankua­sa Kerja Sosial-Ekonomi Malaysia-Indonesia (SOSEK MALINDO) 2019 antara Sabah dan Kalimantan Utara semalam.
— Gambar Bernama KERJASAMA: Mohd Shafie Dr Irianto (kanan) bertukar dokumen risalah yang dimeterai pada perjumpaan ahli Jawatankua­sa Kerja Sosial-Ekonomi Malaysia-Indonesia (SOSEK MALINDO) 2019 antara Sabah dan Kalimantan Utara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia