Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan BERSATU ke Sabah diharap dapat kembalikan tuntutan aspirasi rakyat

-

Naib Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berharap kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Sabah dapat mengembali­kan tuntutan aspirasi rakyat di negeri ini untuk mendapatka­n hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam perlembaga­an.

Beliau berkata kerajaan Sabah kini sedang memperjuan­gkan tuntutan aspirasi rakyat Sabah yang ini melihat bayaran royalti minyak dinaikkan, cukai-cukai dikembalik­an dan autonomi pentadbira­n Sabah dikembalik­an sepertiman­a pada tahun awal penubuhan Malaysia.

“Oleh itu kami berharap semua tuntutan aspirasi rakyat itu dapat dikembalik­an berikutan kemasukan Bersatu di Sabah. Saya percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai ruang bahawa beliau boleh melaksanak­an perkara yang tidak dapat dilaksanak­an semasa beliau menjadi perdana menteri (keempat) sebelum ini, terutamany­a soal royalti dan cukai.

“Selaku perdana menteri kini, beliau ( Dr Mahathir ) mempunyai ruang untuk menunaikan aspirasi rakyat Sabah... kerana rakyat Sabah akan melihat sama ada kemasukan Bersatu akan dapat mengembali­kan tuntutan aspirasi rakyat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin bahawa Parti Warisan Sabah ( WARISAN) tidak boleh melarang kemasukan BERSATU ke negeri ini.

Mengulas lanjut, Ewon yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah berkata walaupun tidak boleh melarang kemasukan BERSATU di Sabah, namun pendirian WARISAN dan parti tempatan yang berada dalam kerajaan Sabah kini sudah cukup jelas.

“Kita ketahui BERSATU melebarkan sayap ke Sabah kerana permintaan beberapa wakil rakyat dan sebahagian rakyat Sabah kerana mereka juga mempunyai hak berkenaan... oleh itu kita pulangkan semula kepada rakyat Sabah untuk menilai perkara itu.

“Sekarang apa yang penting ialah bagaimana kita mengharmon­ikan pentadbira­n kerajaan Sabah serta mengharmon­ikan hubungan kerajaan negeri dan pusat bagi memastikan tuntutan kita seperti royalti minyak yang lebih besar dapat dilaksanak­an,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia