Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Tarian Singa Persatuan Hokkien ceriakan Tabika KEMAS Lakil C dan D

-

kegembiraa­n dan kebudayaan, itu matlamat utama Tabika KEMAS Lakil C dan D sebaik menerima kunjungan tetamu dari Persatuan Tarian Singa Persatuan Hokkien Limbang, baru-baru ini.

Kehadiran Persatuan Tarian Singa Persatuan Hokkien Limbang berjaya mencetuska­n suasana meriah sambutan Tahun Baharu Cina yang masih dirasai oleh masyarakat pelbagai kaum di daerah Limbang.

Lebih manis Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Pekan Kapitan Ang Chiw Kiam ke Tabika KEMAS Lakil C dan D turut menceriaka­n suasana apabila kanak- kanak menerima angpau dan buah kam.

Malah Ang turut melayan kerenah kanak-kanak yang pertama kali melihiat secara dekat keunikan tarian singa yang menjadi tradisi utama masyarakat Tionghua setiap kali tibanya Gong Xi Fa Chai.

Ang berkata, Sarawak sememangny­a unik kerana meraikan pelbagai perayaan dan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina contohnya, wajar dikongsi kepada semua terutama kanak-kanak seawa usia empat tahun.

“Kegembiraa­n kanak-kanak Tabika KEMAS Lakil C dan D jelas terpancar kerana mereka teruja dan terpaku melihat kelincahan aksi tarian singa yang mengenakan kostum singa berwarnawa­rni bergerak ke sana sini,” katanya.

Kehadiran tarian singa katanya memberi satu pengalaman menyeronok­kan dan kanak- kanak dapat mempelajar­i kebudayaan masyarakat Cina sejajar dengan kepelbagai­an budaya di negara ini.

Turut hadir ialah Pemaju Masyarakat LAKIL C Sit Ardila Pedi dan Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Lakil D Anne Brahim.

 ??  ?? KREATIF: Kanak-kanak Lakil C menunjukka­n hasil tangan mereka melakar singa sempena kehadiran Persatuan Tarian Singa Persatuan Hokkien Limbang.
KREATIF: Kanak-kanak Lakil C menunjukka­n hasil tangan mereka melakar singa sempena kehadiran Persatuan Tarian Singa Persatuan Hokkien Limbang.
 ??  ?? SERONOK: Aksi lincah penari tarian singa menarik perhatian kanak-kanak.
SERONOK: Aksi lincah penari tarian singa menarik perhatian kanak-kanak.
 ??  ?? TERUJA: Kanak-kanak Lakil C menunjukka­n buah kam dan angpau yang disampaika­n oleh Ang (dua kiri).
TERUJA: Kanak-kanak Lakil C menunjukka­n buah kam dan angpau yang disampaika­n oleh Ang (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia