Utusan Borneo (Sarawak)

DADAKU GARUDA, PERUTKU MALAYSIA

Mendekati kehidupan penduduk di Krayan

-

Siri II BENDERA merah putih yang berkibar megah di puncak Gunung Upai Semaring setinggi 1,103 meter dari paras laut, melambangk­an betapa cinta dan setia warga Krayan terhadap kerajaan Indonesia.

Namun, hampir 100 peratus keperluan harian mereka bergantung dengan sumber dari Malaysia, yang didatangka­n dari Ba’ Kelalan.

Statistik Pejabat Imigresen Malaysia di antara sempadan Ba’ Kelalan dan Long Midang, Indonesia mencatatka­n, setiap bulan lebih 2,000 pelawat menggunaka­n Ba’ Kelalan sebagai pintu masuk utama ke Sarawak dan jumlah ini meningkat pada bulan Januari dan Disember.

Sebut sahaja - gula, kopi, biskut, tepung, sabun, ubat gigi, bateri, jala, simen, alat pancing, tong gas memasak, bahan bakar bahkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di jalan berdebu tanpa nombor pendaftara­n, datang dari Malaysia. Jika ada pun nombor pendaftara­n, ia menggunaka­n plat pendaftara­n SAB dari Malaysia.

“Milo yang kamu minum, biskut yang kamu makan itu dari Lawas. Ungkapan dadaku garuda, perutku Malaysia memang fakta dari dulu sehingga sekarang, bukan itu dibuat-buat.

“Hidup kami bergantung dengan Ba’ Kelalan, bukan Jakarta nun jauh di sana,” kata Ketua Adat Forum Masyarakat Adat Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT) Indonesia Lewi Gala semasa kami menikmati sarapan di rumahnya di Long Layu, Krayan Selatan, kira-kira empat jam perjalanan menggunaka­n pacuan empat roda dari Ba’ Kelalan.

Lewi menambah, walaupun kampung Long Layu berada di wilayah Indonesia namun lebih mudah memperoleh­i barang-barang tersebut dari Malaysia berbanding Indonesia.

Katanya, mereka tiada pilihan sebaliknya terpaksa membayar dengan harga yang berlipat ganda.

Sebagai contoh, di Long Bawan, tong gas memasak Petronas dijual dengan harga RM60 hingga RM65 setong. Manakala bahan bakar, harga tidak menentu sekitar RM3 hingga RM4.50 seliter.

Katanya, sebelum jalan dari Long Bawan tembus di Long Layu, usaha membawa makanan dan keperluan harian ke kampung itu amat sukar.

Mereka terpaksa menggunaka­n motosikal melalui jalan tikus ke Long Bawan yang mengambil masa tiga jam perjalanan.

Kini penduduk boleh ke Long Bawan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda yang mengambil masa perjalanan kirakira 2 jam setengah hingga lima jam bergantung kepada keadaan cuaca.

“Sekiranya musim hujan, kami tidak dapat menggunaka­n jalan kerana permukaan becak dan rosak teruk. Jalan yang licin dan bertakung air setiap kali musim hujan menyukarka­n penduduk di sini.

“Alternatif lain ialah menggunaka­n pesawat kecil yang mengambil masa 10 minit dari Long Bawan dengan tambang yang lebih murah. Namun pesawat ini hanya terhad untuk 12 penumpang dan melakukan penerbanga­n tiga kali seminggu,” kata Lewi.

Selain barangan keperluan didatangka­n dari Malaysia, kegiatan ekonomi penduduk Krayan turut bergantung kepada Malaysia.

Antara sumber pendapatan penduduk Krayan ialah kerbau, beras adan dan garam gunung.

Katanya, hampir setiap keluarga di Long Layu memelihara kerbau untuk dijual di Brunei dan Malaysia dengan harga antara RM4,000 hingga RM5,000 seekor.

“Kerbau di sini banyak mendapat permintaan terutama dari Brunei.

Kami memelihara kerbau kerana itu sahaja cara untuk membiayai persekolah­an anak-anak.

“Setiap tahun saya boleh menjual kira-kira 15 ekor kerbau ke Malaysia dan Brunei,” katanya yang turut memelihara ayam penelur dan menanam sayur-sayuran.

Katanya, belum banyak usaha yang dilakukan kerajaan untuk membantu menaikkan sumber pendapatan dan ekonomi penduduk di situ.

Lewi menambah, kerajaan hanya menyediaka­n kemudahan asas seperti kemudahan telekomuni­kasi dan solar, namun tidak semua kampung di Krayan Selatan menikmati kemudahan itu.

Menurut Lewi, penduduk Krayan Selatan amat komited menyekolah­kan anak-anak dan setakat ini terdapat kira-kira 300 mahasiswa sedang mengikut pengajian tinggi di Jogjakarta selain di Samarinda dan Jawa.

Namun, kejayaan menamatkan pengajian bukan satu jaminan mudah mendapatka­n pekerjaan khususnya di sektor kerajaan.

Lewi turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang mengamalka­n diskrimina­si dalam pengambila­n tenaga kerja.

“Amat menyedihka­n kerana mereka mengutamak­an orang yang lahir di bandar dan kaya, manakala anak-anak kami yang lahir di kawasan pedalaman seperti Krayan seperti dianaktiri­kan.

“Mungkin disebabkan Indonesia terlalu besar menyebabka­n kerajaan tidak memberikan tumpuan kepada rakyat di sini,” kata Lewi.

Jelas Lewi, mereka tidak membenci kerana kesetiaan tetap selamanya kepada Indonesia, namun penduduk Krayan merindukan kerajaan untuk melihat kehidupan dan kesusahan di perbatasan.

 ??  ??
 ??  ?? LEWI Oleh Sudan Ajang
LEWI Oleh Sudan Ajang
 ??  ?? PERBATASAN: Papan tanda sempadan Malaysia di Ba’ Kelalan dan Indonesia di Long Midang.
PERBATASAN: Papan tanda sempadan Malaysia di Ba’ Kelalan dan Indonesia di Long Midang.
 ??  ?? BERLIPAT GANDA: Tong gas memasak dijual pada harga antara RM65 hingga RM70 setong di salah sebuah kedai runcit di Long Bawan, pusat pentadbira­n daerah kecil Krayan.
BERLIPAT GANDA: Tong gas memasak dijual pada harga antara RM65 hingga RM70 setong di salah sebuah kedai runcit di Long Bawan, pusat pentadbira­n daerah kecil Krayan.
 ??  ?? DARI LUAR NEGARA: Salah satu kedai runcit yang menjual pelbagai keperluan harian, kebanyakan dari Malaysia.
DARI LUAR NEGARA: Salah satu kedai runcit yang menjual pelbagai keperluan harian, kebanyakan dari Malaysia.
 ??  ?? PENGANGKUT­AN: Kenderaan pacuan empat roda tanpa nombo pendaftara­n di Long Bawan.
PENGANGKUT­AN: Kenderaan pacuan empat roda tanpa nombo pendaftara­n di Long Bawan.
 ??  ?? KEBANGGAAN: Bendera Indonesia berkibar megah di Gunung Upai Semaring, Krayan Kalimantan Timur.
KEBANGGAAN: Bendera Indonesia berkibar megah di Gunung Upai Semaring, Krayan Kalimantan Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia