Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuyau destinasi pertama kembara Utusan Borneo dan Borneo Post

-

KUCHING: Kembara Utusan Borneo dan Borneo Post Adventure Team (BAT) 2019 memulakan ekspedisin­ya semalam dengan menjadikan daerah kecil Sebuyau sebagai destinasi pertama.

Perjalanan yang bermula dari jam 10 pagi itu tiba di pekan Sebuyau jam 1 petang dengan melalui Kota Samarahan, Asajaya dan Sadong Jaya.

Pergerakan kenderaan di sepanjang perjalanan adalah lancar berikutan kurangnya bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Terdahulu pasukan ekspedisi yang disertai Ketua Pemberita Utusan Borneo Saibi Gi, Wartawan Kanan Borneo Post Abdul Hakim Bujang serta dua Wartawan Sam Chua Jia Yeung dan Jeremy Lanson sempat meluangkan masa melihat keadaan di Sebangan.

Jelas daripada pemantauan di kawasan Sebangan mendapati kerja pembanguna­n seperti pemasangan sistem saluran paip baharu sedang giat dijalankan.

Kelihatan juga para nelayan memunggah hasil tangkapan mereka di jeti pekan Sebangan untuk dijual kepada pemborong.

Pasukan ekspedisi meluangkan masa kira-kira 30 minit di Sebangan sebelum meneruskan perjalanan ke Sebuyau yang terletak 140 kilometer dari bandar raya Kuching.

Setiba di pekan Sebuyau pasukan ekspedisi turut mengadakan pertemuan dengan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad.

Selepas diberi sedikit taklimat berhubung keadaan di Sebuyau, pasukan ekspedisi kemudian berpeluang melawat beberapa tempat termasuk melihat perkembang­an projek infrastruk­tur di kawasan Sebuyau.

Antaranya ialah projek Masjid Baharu Sebuyau serta projek oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Kelihatan semua projek tersebut berjalan lancar.

Selepas kira- kira dua jam bersama SAO dan kakitangan­nya, pasukan ekspedisi kemudian dibawa menginap di sebuah inap desa milik penduduk tempatan yang terletak di Kampung Masjid, Sebuyau.

Ekspedisi disambung semula hari ini yang akan menyusuri jalan pesisir pantai menuju ke Maludam, Beladin dan Pusa.

Pasukan Kembara Utusan Borneo dan The Borneo Post boleh dihubungi menerusi talian 010-5107785.

 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: Masjid baharu Sebuyau yang dijangka siap sepenuhnya sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
DALAM PEMBINAAN: Masjid baharu Sebuyau yang dijangka siap sepenuhnya sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
 ??  ?? AJIS AHMAD
AJIS AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia