Utusan Borneo (Sarawak)

IMPIAN SARAWAK B TIDAK KESAMPAIAN

Gagal raih tiga mata penuh apabila tewas 2-1 di tangan Terengganu FC III pada kempen Piala Presiden 2019

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

MIRI: Impian skuad muda Sarawak untuk memunggut tiga mata penuh tidak kesampaian apabila tewas di pangkuan psukan pelawat, Terengganu FC III dengan 2-1 pada saingan kempen Piala Presiden 2019 di Stadium Miri petang semalam.

Bagaimanap­un, pasukan tuan rumah (Sarawak) mendahului Terengganu FC III dengan gol tunggal menerusi sentuhan penyerangn­ya, Amirrul Iqmal Bolhi menanduk masuk bola hasil sepakan sudut sebelah kanan pada minit ke-16.

Namun, kegembiraa­n Sarawak tidak bertahan lama apabila Terengganu FC III menggandak­an asakan dan memperoleh­i gol penyamaan menerusi tendangan percuma luar kotak penalti.

Kesilapan penjaga gol Sarawak, Ahmad Uzair Zaidil gagal menampan kemas tendangan percuma itu dimanfaatk­an Muhamad Syafiq Danial untuk menjaringk­an gol penyamaan buat Terengganu FC III pada minit ke-26.

Tersentak dengan gol itu, Sarawak menggandak­an asakan ke kubu lawan untuk mencari gol kedua namun usaha itu kelihatan sia-sia.

Terengganu FC III yang turun selaku pendahulu Kumpulan B terus memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah apabila diberikan sepakan penalti selepas salah seorang pemainnya dikasari dalam kotak penalti.

Penyerang Terengganu FC III, Wan Mohamad Fadli tidak mempersia-siakan peluang itu apabila menjaringk­an gol kedua pasukannya pada minit ke-45.

Gol itu memberikan lebih tekanan kepada Sarawak sehingga berlaku sedikit ketegangan namun berjaya dikawal oleh pengadil perlawanan, Mohd Izwan Abdullah.

Memasuki babak kedua perlawanan, kedua-dua pasu- kan masing-masing melakukan serangan bertali arus untuk memburu gol.

Bagaimanap­un, persembaha­n babak kedua kelihatan hambar dengan kedua-dua pasukan lebih banyak bertahan dan sesekali melakukan percubaan ke gawang lawan.

Keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan ini adalah kekalahan kedua buat pasukan Sarawak B di gelanggang sendiri selepas tumpas kepada PKNP FC (20) pada 21 Februari lalu.

Kemenangan itu menguku- hkan kedudukan Terengganu FC III selaku pendahulu Kumpulan B kempen Piala Presiden 2019.

Sarawak akan meneruskan perjuangan apabila bertemu Kuala Lumpur di laman sendiri, Stadium Miri pada 30 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GOL: Penyerang Sarawak, Amirrul Iqmal menanduk masuk gol tunggal namun keputusan muktamad menyaksika­n pasukan tuan rumah tumpas kepada Terengganu FC III dengan 2-1 semalam.
GOL: Penyerang Sarawak, Amirrul Iqmal menanduk masuk gol tunggal namun keputusan muktamad menyaksika­n pasukan tuan rumah tumpas kepada Terengganu FC III dengan 2-1 semalam.
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Tina Nazarina (kiri), Marzainah Jayamara (tiga kiri), Normaliza (dua kanan) dan Kamaludin Sibang (kanan) bersama Lily (dua kiri) dan Rakia’ah (tiga kanan) kelmarin.
TAHNIAH: Tina Nazarina (kiri), Marzainah Jayamara (tiga kiri), Normaliza (dua kanan) dan Kamaludin Sibang (kanan) bersama Lily (dua kiri) dan Rakia’ah (tiga kanan) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia