Utusan Borneo (Sarawak)

BURUH ROGOL ANAK KENA 100 TAHUN, 50 SEBATAN

-

BAU: Seorang buruh warga Indonesia dijatuhi hukuman 100 tahun penjara dan menerima 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan kerana merogol anak kandungnya sejak empat tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang berusia 32 tahun dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan untuk setiap pertuduhan oleh Hakim Marutin Pagan, yang diarahkan untuk berjalan secara serentak.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima dalam Mahkamah Sesyen berlainan, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan, dan diarahkan untuk menjalani hukuman tersebut secara berasingan oleh Hakim Jason Juga.

Jason mengarahka­n hukuman penjara yang dijatuhkan di mahkamahny­a berjalan berasingan dengan hukuman penjara terdahulu.

Dengan itu, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 80 tahun kerana pertuduhan pertama dan kedua yang berjalan secara serentak.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, perbuatan keji tertuduh tebongkar selepas mangsa mengadu kepada seorang penolong pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Serasot di Bau pada 4 Mac lalu.

Remaja perempuan terbabit dibawa oleh ibu bapanya ke klinik berkenaan untuk mendapatka­n rawatan kerana demam selesema sekitar jam 8.30 pagi.

Ketika remaja berkenaan menerima rawatan daripada seorang penolong pegawai kesihatan, mangsa memberitah­u, dia dirogol bapa kandung sejak berumur 10 tahun secara paksa.

Perkara itu berlaku tanpa pengetahua­n ibu mangsa dan semasa ketiadaan ahli keluarga lain di rumah.

Ekoran insiden tersebut, tertuduh diberkas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Serasot, sekitar 11.10 pagi pada hari yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia