Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah nafi pimpin PSB

Dakwaan dalam kumpulan WhatsApp senaraikan barisan kepimpinan PSB dengan Awang Tengah sebagai presiden

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menafikan dakwaan mahu meninggalk­an parti tersebut untuk memimpin Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Dakwaan yang tersebar dalam kumpulan WhatsApp tersebut turut disertai dengan senarai barisan kepimpinan PSB dengan Awang Tengah sendiri dikatakan sebagai presiden.

Manakala bekas Ahli Parli- men Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun disebut sebagai penyandang jawatan kedua tertinggi dalam parti tersebut selaku timbalan presiden bersama Dato Sri Wong Soon Koh dan Dr Abdul Rahman Ismail.

Bagaimanap­un pejabat Awang Tengah menerusi satu kenyataan semalam menafikan sekerasnya dakwaan ini dan menyifatka­nnya sebagai tindakan nakal individu tertentu dengan niat jahat untuk memecahbel­ahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Datuk Amar Awang Te- ngah enggan memberi respons kepada khabar angin liar dan tidak berasas yang disebarkan dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

“Dakwaan ini dibuat oleh individu nakal dengan niat jahat untuk mewujudkan perselisih­an dalam GPS,” kata kenyataan tersebut.

Turut disenaraik­an dalam barisan kepimpinan PSB yang bakal dibentuk itu nanti ialah Datuk Dr Jerip Susil (Setiausaha Agung), George Lo (Timbalan Setiausaha Agung), Dr Johnical Rayon Ngipa (Ketua Pemuda) dan Rosey Yunus (Ketua Wanita).

Jawatan lain termasuk Bendahari Agung (Datuk Masir Kujat), Timbalan Bendahari Agung (Ripin Lamat), Naib Presiden Kanan (Datuk William Nyalau, Datuk Tiong Thai King dan Datuk Mohd Naroden Majais), Ketua Penerangan (Datuk Sylvester Entri Muran) dibantu Datuk Ranum Mina dan Richard Will.

Lima jawatan naib presiden PSB pula dikhabarka­n bakal diisi Datu Len Talif Salleh, Razi Sitam, Datuk Mong Dagang, Banyi Beriak, Dominique Ng dan Bruce Lee.

Datuk Amar Awang Tengah enggan memberi respons kepada khabar angin liar dan tidak berasas yang disebarkan dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Jurucakap Pejabat Awang Tengah

 ??  ??
 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia