Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa pecah rumah dan mencuri

-

Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyak terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanju polis.

Perintah i tu diperolehi setelah Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Johnny Mathew Jang dar Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Johnny memberitah­u pada 7 Februari lalu, seorang juruteknik pusat hiburan telah membuat laporan polis dengan mendakwa rumahnya telah dipecah masuk pencuri.

Dalam aduannya, pengadu 47, mendakwa sekitar jam 5 petang hari sama, beliau mendapati rumahnya yang terletak di Jalan Shangrila Interhill Park, Bakam dipecah masuk oleh orang yang tidak diketahui melalui pintu depan dengan merosakkan tombo pintu utama.

Pengadu yang kemudian membuat pemeriksaa­n lanjut mendapati beberapa barang termasuk tiga utas jam tangan berjenama, wang tuna pelbagai matawang, barang kemas, tiga unit telefon bimbi dan segugus anak kunci yang kesemuanya dianggarka­n bernilai lebih RM30,000 telah hilang.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11.30 pagi 6 Mac lalu di sebuah tapak pembinaan di Engkilili, polis berjaya menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Johnny memberitah­u reman selama tujuh har mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 26 tahun dari Engkilili amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes, justeru membebaska­n suspek lebih awa akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah hanya membenarka­n reman empat har ke atas suspek sehingga 14 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia