Utusan Borneo (Sarawak)

Pembonceng motosikal maut dilanggar sebuah kenderaan

-

Seorang pembonceng motosikal maut akibat cedera parah yang dialami selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melalui Bulatan Telang Usan, Jalan Miri Airport dekat sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Djurmasih Soroso, 47, membonceng motosikal yang ditunggang iSujai Margiat, 57, juga warga Indonesia dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Luak Bay apabila dilanggar kenderaan dari arah bertentang­an.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu dalam kenyataann­ya di sini semalam berkata pemandu, 34, dari arah Lapangan Terbang Miri menuju ke pusat bandar memasuki bulatan tanpa memberi laluan terlebih dahulu kepada kenderaan dari sebelah kanan lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal terbabit mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

“Manakala pemandu lelaki terbabit tidak mengalami apa- apa kecederaan dan penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika mengesahka­n kejadian itu semalam.

Menurut Alxeson, jam 2 petang Hospital Miri memaklumka­n bahawa pembonceng terbabit, Djurmasih telah meninggal dunia di Hospital Miri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 ??  ?? PERIKSA: Anggota polis trafik memeriksa lokasi kemalangan.
PERIKSA: Anggota polis trafik memeriksa lokasi kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia