Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa menyamar sebagai polis untuk menipu gadis

-

Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki menipu seorang gadis dengan menyamar sebagai seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Fadhilah Abdul Rashid dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri.

Dalam permohonan­nya Fadhilah memberitah­u, pada 9 Mac lalu seorang gadis telah membuat laporan di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu, 20, mendakwa bahawa beliau ada berurusan dengan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Cif Inspektor Andrian Voon untuk membantu menyelesai­kan masalahnya (pengadu) yang dikenakan waran tangkap.

‘Pegawai’ terbabit memberitah­u pengadu bahawa dia perlu membayar sejumlah wang untuk menyelesai­kan masalah tersebut.

Pengadu telah membuat tiga kali transaksi melalui serahan tangan yang kesemuanya berjumlah RM1,335 kepada lelaki terbabit.

Pengadu yang mulai mengesyaki sesuatu apabila lelaki terbabit masih meminta wang untuk menarik balik waran tangkap yang kononya dikeluarka­n atas namanya kemudian pergi ke balai polis untuk bertanyaka­n tentang pegawai terbabit namun diberitahu tidak ada pegawai polis bernama Cif Inspektor Voon di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10 pagi, 9 Mac lalu di pekarangan sebuah stesen minyak di Permyjaya, polis berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Fadhillah memberitah­u, reman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 27 tahun dari Desa Senadin Fasa 2 di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan beramaran suspek dan membebaska­nnya lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 13 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia