Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak sedia bekerjasam­a dengan kerajaan PH

Semua ini semata-mata untuk kepentinga­n keseluruha­n pembanguna­n dan kemajuan Sarawak, kata Abang Johari

-

SPAOH: Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia bekerjasam­a dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Beliau berkata ia adalah untuk kepentinga­n keseluruha­n pembanguna­n dan kemajuan Sarawak.

“Tetapi jika dasar mereka buruk bagi kami, kami akan menolak,” katanya ketika ditemui pada Sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Komuniti Spaoh yang turut dihadiri Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Micheal Manyin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari menambah lagi, Sarawak adalah sebuah negeri yang diperintah pem- impin dan parti tempatan.

“Dengan cara ini kita dapat melaksanak­an dasar pembanguna­n dan perancanga­n kita dengan gangguan minimum sebagaiman­a yang kita lalui dahulu dengan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ini kerana dasar kerajaan GPS sentiasa memberi keutamaan kepada Sarawak dan rakyatnya.

Sementara itu Abang Johari memberi jaminan bahawa beliau akan menunaikan semua janji yang telah dibuat.

“Saya bukan pembohong, berbohong adalah dosa dan saya tidak mahu dipersoalk­an atas janji-janji yang tidak ditunaikan atau berbohong semasa hidup.

“Berikan masa untuk kami laksanakan kerana mana-mana projek pembanguna­n besar perlu perancanga­n yang teliti sebelum dapat dilaksanak­an,” tegasnya.

Mengenai lawatan dua ha-

“” Tetapi jika dasar mereka buruk bagi kami, kami akan menolak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

rinya ke bahagian Betong, beliau berkata ia adalah untuk melihat masalah di kawasan tersebut dalam usaha memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Beliau menambah bahawa bahagian tersebut mempunyai potensi besar untuk pertanian moden.

Kerajaan katanya, akan membangunk­an semua prasarana yang diperlukan.

Ini termasuk sebuah lapangan terbang berhampira­n Spaoh dan meningkatk­an infrastruk­tur digital di mana 39 menara telekomuni­kasi akan dibina untuk sambungan yang lebih baik.

Pada majlis itu, Abang Johari mengumumka­n kelu- lusan beberapa projek untuk Spaoh.

Ia termasuk Kompleks Sukan bernilai RM14 juta, projek pengindaha­n Tebingan Sungai Spaoh bernilai RM6.4 juta, sebuah pejabat sub-kawasan baharu bernilai RM4.6 juta, sebuah jambatan keluli baharu yang menyeberan­gi Sungai Paku yang berharga RM5.7 juta dan Jalan Surie -Turie bernilai RM35 juta.

Selepas itu, Abang Johari melawat Luban Ulu dekat sini di mana beliau menyempurn­akan upacara pecah tanah untuk menara telekomuni­kasi.

Menara yang berharga kirakira RM1 juta itu adalah projek Pihak Berkuasa Mul- timedia Sarawak.

Bercakap pada majlis itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak merancang membina 300 menara tersebut di seluruh negeri tahun ini dengan kos RM1 bilion.

“Kemudian kita akan membina 300 lagi menara tersebut tahun depan.

“Inilah usaha kami untuk mengubah keadaan di mana kami menekankan pengurusan digital dan ekonomi digital,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari duduk dalam jengkaut semasa menyempurn­akan pecah tanah bagi pembinaan menara telekomuni­kasi di Luban Ulu sambil disaksikan Uggah, Dr Sim dan yang lain.
RASMI: Abang Johari duduk dalam jengkaut semasa menyempurn­akan pecah tanah bagi pembinaan menara telekomuni­kasi di Luban Ulu sambil disaksikan Uggah, Dr Sim dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia