Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat akan tetap kukuh berdiri bersama Abang Johari, kata Uggah

-

Laluan masa depan penuh dengan cabaran bagi Sarawak tetapi rakyatnya akan tetap kukuh berdiri bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata demikian pada sesi Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri Abang Johari dan kenamaan lain di balai raya di sini semalam.

“Kami semua akan sentiasa bersama anda dan tidak akan membiarkan anda berdiri sendiri. Kami akan memberi sokongan penuh kepada anda kerana anda telah menun- jukkan kebijaksan­aan dan kepimpinan yang matang sehingga kini,” kata Uggah kepada Abang Johari yang turut berjanji akan menunaikan semua janjinya kepada rakyat Sarawak.

Walaupun banyak projek telah dilaksanak­an, yang lain juga akan bermula tidak lama lagi, sedangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum menunaikan banyak janji yang telah mereka buat.

Ketidakupa­yaan kerajaan baharu itu untuk menunaikan janji mereka menyukarka­n kehidupan sebilangan rakyat yang amat memerlukan, te- gasnya.

Menyentuh mengenau pertanian, Uggah yang merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata kawasan dari bahagian Betong hingga ke bahagian Sarikei telah diisytihar­kan sebagai kawasan bakul makanan negeri.

Beliau bagaimanap­un berkata lebih banyak taman agro perlu diwujudkan untuk melihat usaha itu menunjukka­n kejayaan.

Uggah juga berkata terdapat keperluan untuk sistem saliran yang baik supaya kawasan tanah gambut yang besar di sana dapat diuruskan dengan lebih baik untuk pertanian.

Mengenai perkara lain Uggah mengucapka­n penghargaa­n kepada Abang Johari kerana menyediaka­n subsidi tiket penerbanga­n bagi pelajar Sarawak pulang ke kampung halaman pada musim cuti perayaan.

Beliau berkata kira- kira 1,000 pelajar telah memohon subsidi berkenaan pada perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Pada majlis itu, 470 pemilik tanah NCR di sini juga telah menerima 686 hak pemilikan tanah mereka daripada Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia