Utusan Borneo (Sarawak)

RM10 juta bina CCPC di Limbang dan Lawas

-

Sejumlah RM10 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri untuk membina dua CCPC iaitu di Limbang dan Lawas bagi memasar dan mengekspor­t produk pertanian ke luar.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Kerajaan Sarawak juga sudah mengenal pasti sebuah syarikat besar yang berminat menguruska­n CCPC di utara negeri ini.

“Di Limbang dan Lawas kita memasarkan produk buahbuahan yang dikenal pasti dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.

“Selain produk pertanian, Lawas berpotensi memasarkan produk laut seperti ikan tahai, ikan bilis dan sebagainya melalui CCPC,” katanya ketika melawat Stesen Pertanian Kubong di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Japarudin Ali, Jurutera Bahagian Pengairan dan Saliran Limbang Hanisah Ahmad dan Pengurus Besar Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Chieng Kai Tiew.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Kerajaan Sarawak memerlukan bantuan daripada syarikat swasta untuk memasarkan produk pertanian di negeri ini.

“CCPC di Limbang akan dibina tahun ini dijangka siap penghujung 2020 dan awal 2021.

“Syarikat swasta menguruska­n CCPC membeli produk daripada petani dan penternak dengan harga berpatutan,” katanya.

Beliau menambah, sebahagian tanah terbiar di Stesen Pertanian Kubong di Limbang diusahakan melalui Taman Kekal Pengeluara­n Makanan iaitu sistem fertigasi dan tanaman terbuka.

“Kerajaan menyediaka­n tanah dan infrastruk­tur asas kepada petani tidak ada tanah dengan kadar sewa sederhana terutama kepada belia dan graduan untuk bercucuk tanam di taman tersebut,” katanya.

Jelasnya, sejumlah RM2 juta diperuntuk­kan di bawah Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) untuk menaik taraf dan pembanguna­n pertanian di Stesen Pertanian Kubong.

Selain itu, RM200,000 dibelanjak­an melalui Projek Tranformas­i Luar Bandar ( RTP) 2018 untuk stesen pembenihan ikan.

“Manakala peruntukan RM200,000 daripada Jabatan Pertanian turut diagihkan untuk menaik taraf bangunan tempat latihan petani di Stesen Pertanian Kubong,” jelasnya.

Dr Abdul Rahman berkata, Stesen Pertanian Kubong berkeluasa­n 25 hektar berfungsi untuk latihan dan kursus jangka pendek, membekalka­n benih ikan air tawar secara percuma.

“Selain itu, ia turut menyediaka­n benih tanaman seperti rambutan, durian kuning dan sebagainya kepada petani dan penternak,” katanya.

 ??  ?? FERTIGASI: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) bersama Hanisah (kiri), Chieng dan Japaruddin melawat tanaman fertigasi di Stesen Pertanian Kubong, Limbang semalam.
FERTIGASI: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) bersama Hanisah (kiri), Chieng dan Japaruddin melawat tanaman fertigasi di Stesen Pertanian Kubong, Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia