Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah mahu Hospital Lawas dibina dengan segera

-

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu Hospital Lawas dibina dengan segera kerana keperluann­ya semakin kritikal.

Menurutnya, projek itu sepatutnya dalam proses pemilihan tender sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Namun, status projek itu tidak diketahui selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pusat.

“Bagaimana kita boleh kata projek ini sakit kerana tender memilih kontraktor, pelantikan kontraktor belum dilakukan.

“Malah, projek ini belum dapat dilaksanak­an kerana tidak ada pihak melaksana daripada kontraktor, jadi bukan projek ini yang sakit,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di sini semalam.

Awang Tengah berkata demi- kian ketika mempersoal kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian mengklasif­ikasikan projek itu sebagai projek sakit.

MenteriPem­bangunanBa­ndar dan Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan itu mahu pihak bertanggun­gjawab menjalanka­n tugas dan bukannya menjadikan semua perkara sebagai bahan politik.

“Seperti ditegaskan oleh Ketua Menteri, politik negeri ini memberi tumpuan kepada melaksanak­an projek pembanguna­n dan kemudahan untuk rakyat,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan ahli jawatankua­sa LAKIL.

Mesyuarati­tumembinca­ngkan program pembanguna­n LAKIL di Limbang bagi memperkasa ekonomi masyarakat Islam melalui pelbagai pendekatan.

 ??  ?? KENANGAN: Awang Tengah (empat kanan), Dr Abdul Rahman (dua kanan) bersama ahli-ahli LAKIL di Limbang semalam.
KENANGAN: Awang Tengah (empat kanan), Dr Abdul Rahman (dua kanan) bersama ahli-ahli LAKIL di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia