Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi Kedayan wajar pertahan tradisi majlis makan tahun

-

Majlis makan tahun merupakan amalan tradisi kaum Kedayan yang harus dipertahan­kan generasi muda.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, penglibata­n belia dalam penganjura­n aktiviti itu memastikan keunikan dan keistimewa­annya terus hidup.

“Majlis ini adalah tanda kita bersyukur terhadap rezeki yang diberikan kepada kita.

“Majlis ini juga memperinga­tkan kita kepada mereka yang kita sayang yang sudah tiada bersama kita,” jelasnya.

Rosey yang juga ADUN Bekenu memberitah­u, majlis diadakan setiap kali selepas musim menuai oleh kaum Kedayan.

Turut diadakan ialah majlis tahlil untuk memperinga­ti mereka yang telah mening- gal dunia.

Penganjura­nnya berjaya menghimpun­kan ahli keluarga, sanak-saudara termasuk dari jauh untuk bersama meraikan majlis berkenaan.

Aktiviti gotong-royong di kampung pula membantu menyatukan penduduk dan menguatkan semangat kejiranan.

Di Miri, kebanyakan pelancong dari dalam dan luar Miri akan ke Bekenu untuk menghadiri majlis itu dan menikmati bersama hidangan tradisiona­l masyarakat Kedayan.

Sebagai tanda sokon- gan, Rosey telah mengagihka­n dana berjumlah RM60,000 untuk penganjura­n majlis makan tahun di 30 kampung di kawasan beliau.

Majlis penyerahan cek disampaika­n semalam oleh Rosey di Pusat Khidmat beliau di Bekenu.

Penerima ialah Kampung Sulap Lada, Kampung Labau, Kampung Pejuang Kelulit, Kampung Belunuk Kelulit, Kampung Pulau Untong, Kampung Padang Kelulit, Kampung Kayu Kapor, Kampung Rancah Rancah, Kampung Tunah Tiris, Kampung Lubuk Buineh, Kampung Pintasan, Kampung Masjid Tiris, Kampung Kepayang, Kampung Sebalik, Kampung Tanjung Bungai, Kampung Peliau, Kampung Gatas, Kampung Jambu, Kampung Mumong, Kampung Terahad, Kampung Angus, Kampung Selanyau, Kampung Danau, Kampung Hunai, Kampung Kawang, Kampung Bulau, Kampung Bulau Hilir, Kampung Mutap, Kampung Sinop dan Kampung Sinop Hilir.

Dana akan digunakan untuk penganjura­n majlis tersebut pada bulan ini dan bulan depan.

 ??  ?? SOKONG: Rosey (duduk, enam kanan) bergambar kenangan bersama penerima geran majlis makan tahun.
SOKONG: Rosey (duduk, enam kanan) bergambar kenangan bersama penerima geran majlis makan tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia