Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Sarawak fail permohonan Semakan Jenayah kes lelaki dipenjara kerana hina Islam

-

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak semalam memfailkan permohonan Semakan Jenayah d Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini berhubung kes seorang lelaki dipenjara kerana menghina Islam dalam akaun Facebook miliknya.

Tertuduh dikatakan mengalami masalah mental tetap dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000 selepas mengaku salah.

Alister Cogia, 22, yang tidak diwakili peguam disabit kesalahan kerana memuat naik bahan-bahan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad dalam media sosial.

Menurut pasukan peguam PKR, Desmond Kho hari ini Pendaftar Mahkamah telah mengambil maklum mengena permohonan tersebut.

“Mereka akan menetapkan tarikh untuk pendengara­n dilakukan segera dan memaklumka­n DPP kerana mereka juga perlu didengar berhubung perkara ini,” kata Kho.

Permohonan semakan jenayah difailkan selepas Ahl Dewan Undangan Neger (ADUN) Batu Lintang See Chee How mengadakan sidang media di Bau Sabtu lepas.

Pada sidang media itu See berkata, semakan jenayah akan dibuat bagi memastikan terdapatny­a ketetapan prosiding dan kebenaran kesahihan dan kesesuaian penemuan, hukuman dan perintah mahkamah direkod dan diluluskan.

Menurut See lagi, semakan jenayah itu adalah untuk memastikan bahawa terdapat ketetapan dan ketepatan, kesahihan dan kesesuaian hukuman dan perintah mahkamah yang direkod serta diluluskan.

“Adalah prinsip kami untuk tidak menyokong atau menerima apa- apa penghinaan atau penyalahgu­naan terhadap mana-mana agama di negara kita.

“Dalam kes ini, keluarga telah mendekati pemimpin tempatan kami dan meminta pertolonga­n kami dan menyatakan bahawa Alister mengalami masalah tingkah laku dan memerlukan nasihat dan terapi psikiatri,” katanya yang dipetik sebagai berkata

Beliau berkata, keluarga turut memberitah­u bahawa mereka tidak diberi peluang untuk bertemu Alister dalam tempoh empat hari dia berada dalam tahan reman serta tidak diberitahu akan hadir ke mahkamah pada Jumaat.

Oleh kerana tidak diwakil peguam di mahkamah katanya, terdapat keraguan jika Alister memahami gravit pertuduhan dan kepentinga­n pengakuan salahnya.

See berkata, pasukan undang- undang yang terdir daripada peguam Francis Teron dan Jeffery Mok, akan memberikan rekod mengena keadaan mental Alister.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia